Moga Dia Pimpin Tangan Saya Di Syurga Nanti ~ Azharina Azhar

Moga Dia Pimpin Tangan Saya Di Syurga Nanti ~ Azharina Azhar,ok!: Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anaknya pergi dulu bertemu Ilahi.

Moga Dia Pimpin Tangan Saya Di Syurga Nanti ~ Azharina Azhar

Jelas sugul dan sebak terpapar diwajah Azharina Azhar apabila berpeluang menatap wajah anaknya buat kali yang terakhir.

Jenazah Rizkie selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Kampung Baru Batu 14 Puchong, Selangor selepas asar tadi.

Arwah Rizkie yang berusia 23 hari telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.30 pagi tadi akibat daripada demam panas dan komplikasi dalaman.

Anak Angkat Azharina Azhar Meninggal Dunia

"Saya terima  ketentuan ini. Saya yakin dia adalah ahli syurga. Moga dia ingat dan dapat memimpin tangan saya di sana (syurga) nanti kerana di dunia ini saya kesal kerana tidak dapat meluangkan banyak masa bersamanya," ujar Nina sayu.

Semoga Azharina serta seluruh keluarga tabah untuk menghadapi dugaan ini.

sumber
http://www.mediahiburan.my/trending/semoga-dia-pimpin-tangan-saya-di-syurga-nanti-azharina-1.650667

0 comment... add one now