Cuba Dampingi Puak Sentinel, Pelancong Amerika Maut,ok!: Seorang pelancong warga Amerika maut selepas melanggar larangan untuk berada dalam jarak 5 kilometer daripada penempatan puak Sentinel di Pulau Sentinel Utara. Puak ini merupakan puak asli yang terakhir di dunia dan masih terpisah daripada tamadun moden.
Larangan ini dikeluarkan dengan melihat kepada cara mereka melindungi diri yang tanpa teragak-agak untuk membunuh sekiranya berasa terancam. Kejadian yang sama pernah berlaku pada 2006; mereka membunuh 2 orang nelayan yang tidur dalam sampan yang kemudiannya bergerak hampir ke persisiran pantai pulau.
Puak Sentinel dianggarkan mempunyai sekitar 150 orang ahli keluarga ini membunuh mangsa, John Allen Chau pada 17 November 2018 dengan memanah beliau yang di persisiran pantai.
Mereka kemudiannya mengikat tali di leher dan mengheret mayat mangsa. Kejadian kejam yang berlaku kepada John di sebahagian Kepulauan Andaman India ini disaksikan oleh para nelayan.
Menurut sumber, John menawarkan sejumlah wang kepada nelayan tempatan untuk membawa beliau ke pulau tersebut namun di pertengahan jalan John berkayak sendiri menuju ke persisiran pantai.
John dikatakan cuba untuk ‘berkawan’ dengan puak tersebut dengan memberikan hadiah seperti bola sepak, alat memancing dan kit perubatan.
Walaupun sudah ditegah dan diberikan amaran, kedegilan John akhirnya membawa padah kepada dirinya sendiri.
Kredit
Berita Harian
Sumber: Youtube Thoughty |

Sumber: Times Of India |