Ibu Mahu Pembunuh Anaknya Di Hukum Setimpal : Ibu angkat wanita mangsa bunuh di jambatan Cyberjaya, meluahkan rasa terkilannya apabila mengetahui suspek pembunuh anaknya itu adalah tunangnya sendiri.
“Saya terkejut dan tak sangka langsung kejadian ini berlaku pada Adik. Dia seorang pekerja yang sangat bagus, peramah dan rajin...dalam fikiran beribu persoalan timbul mengapa kejadian itu berlaku terhadap adik.
“Jadi, saya berharap sangat orang yang melakukan perbuatan ini dikenakan hukuman setimpal. Yang bersalah, tetap bersalah dan perlu dihukum,”katanya.
Adik sangat teruja nak balik ke kampung untuk menguruskan persiapan perkahwinan yang dijadual pada hari raya ketiga terutama untuk menempah kad undangan perkahwinan, namun tidak sangka arwah pergi dulu dalam keadaan yang sangat menyayat hati,” kata ibu angkat Rosshida Abdullah, 30, yang ditemui mati dibawah jambatan di Cyberjaya, Rabu lalu.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ash berkata, 30 April lalu hari terakhir arwah Rosshida yang mesra dipanggil Adik bekerja di restorannya di Shah Alam, Selangor.
Katanya, arwah sudah memberitahu ingin berhenti kerja sejak dua bulan lalu untuk pulang ke Kelantan menguruskan persiapan perkahwinannya.
“Malah, saya yang membelikan tiket penerbangan ke Kelantan pada 4 Mei seperti yang dimintanya. Pada hari terakhir itu arwah habis kerja pada jam 4 petang dan diambil tunangnya di asrama pekerja kami.
“Selepas itu, saya tidak menghubungi arwah kerana berada di Kelantan, biasanya dia ada menghantar mesej atau menelefon memaklumkan di mana dia berada, tetapi tidak berbuat demikian beberapa hari sebelum kejadian.
“Mengikut perancangan, arwah ingin ke rumah abang ipar di Rawang, Selangor kemudian ke Johor untuk menghadiri kenduri sebelum pulang ke Kelantan dengan pesawat pada 4 Mei,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.
Menurutnya, dia dikejutkan dengan panggilan telefon daripada abang mangsa kira-kira jam 10 pagi Rabu lalu bertanyakan bila arwah Rosshida sepatutnya menaiki pesawat kerana keluarga mereka di Kelantan memaklumkan dia tidak sampai di kampung.
Malah, katanya, arwah juga gagal dikesan di mana-mana lokasi yang sepatutnya dia pergi, selain tidak dapat dihubungi melalui telefon.
“Abang arwah memaklumkan sudah heboh di kampung Adik tidak sampai, malah di Rawang dan Johor juga tiada sebelum saya meminta dia membuat laporan polis kerana disyaki hilang.
“Biasanya arwah Adik tidak akan menggunakan pengangkutan awam sama ada teksi atau bas, jika mahu ke mana-mana biasa tunangnya akan ambil dan hantar ke lokasi ingin dituju...dia tak akan naik bas atau teksi,” katanya sebak.
Namun, katanya, kira-kira jam 3 petang, mereka mendapat maklumat mengenai penemuan kad pengenalan arwah Rosshida di Cyberjaya, namun menganggap dia diragut dan MyKad dibuang di sekitar kawasan itu.
Bagaimanapun, luluh hatinya apabila mendapat tahu mayat yang ditemui di situ disahkan arwah.
Sambil menangis, Kak Ash berkata, kehilangan arwah amat dirasai terutama semalam dan terbayang-bayang kelibat arwah di restoran.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya juga menemui beberapa petunjuk baru, sekali gus yakin dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.
Katanya, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan, tetapi pihaknya percaya perkembangan positif yang ditemui dalam siasatan dapat menyelesaikan kes berkenaan.
“Ada beberapa perkara sedang diambil tindakan, tetapi kita tidak boleh memaklumkannya lagi sekarang. Bagi kami masa untuk melengkapkan siasatan sebelum memaklumkan perkembangan terkini kes ini.
“Setakat ini, tiada tangkapan lain kecuali seorang lelaki yang juga tunang mangsa. Lokasi mangsa dibunuh juga sudah dikenal pasti iaitu diluar Cyberjaya,” katanya.
Mayat wanita ditemui dalam belukar di Cyberjaya
Mengenai nota bunuh diri yang ditemui bersama mayat mangsa, beliau berkata, pihaknya masih menyiasat siapa yang menulis.
“Kami juga sedang menyiasat perkara ini. Insya-Allah dalam masa terdekat kami akan memaklumkan hasil siasatan,”
Hasil bedah siasat mendapati mangsa dicekik terlebih dahulu sebelum dicampak dari jambatan yang tingginya 14 meter.
Tunang wanita itu yang berusia 26 tahun berasal dari Kota Bharu, Kelantan, ditahan di sekitar Cyberjaya selepas mengaku mencampak mayat mangsa dari jambatan dari ketinggian 14 meter.
via
http://www.hmetro.com.my/
Ibu Mahu Pembunuh Anaknya Di Hukum Setimpal
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →