Gambar & Video : Bapa 4 Beranak Terima Sumbangan Kereta Dari Insan Prihatin

Gambar & Video : Bapa 4 Beranak Terima Sumbangan Kereta Dari Insan Prihatin: Baru-baru ini viral di media sosial mengenai seorang bapa yang membawa 3 orang anaknya bermotorsikal meredah highway semata-mata mahu balik kampung berhariraya dari Sepang ke Pulau Pinang.

Bapa 4 Beranak Terima Sumbangan Kereta Dari Insan Prihatin

Ketika media sosial sedang memaparkan niat murni beberapa  rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa yang mahu memberinya kereta, terkini di Harian Metro, tampil seorang peniaga menghadiahkan kereta kepadanya walaupun beliau enggan menerima hadiah tersebut pada awalnya.

Bapa 4 Anak Terima Sumbangan Kereta Dari Insan Prihatin

Menurut info, wartawan dan peniaga yang enggan dikenali itu terpaksa mengambil masa selama hampir dua jam untuk memujuk Ahmad Reza supaya menerima kereta Proton Iswara itu.

"Saya menganggap kereta ini sebagai pinjaman dan berjanji kepada pemiliknya akan menggunakannya sebaik mungkin.

“Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya," kata Ahmad Reza Samsuddin, 38.

Bapa 4 Anak Terima Sumbangan Kereta Dari Insan Prihatin

Bapa 4 Anak Terima Sumbangan Kereta Dari Insan Prihatin

"Saya sama sekali tidak menyangka ada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib kami sehingga sanggup 'meminjamkan' saya kereta demi keselamatan anak-anak.

"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kami empat beranak dan saya harap saya tidak dipandang serong kerana bukanlah niat saya untuk mendapat perhatian sehingga ke tahap ini," katanya.


Ekoran Bapa 4 beranak naik motor dari Sepang ke PP
Terima Kasih rakyat Malaysia.....via Harian Metro
Posted by Video Viral on Friday, 24 July 2015


via
http://www.hmetro.com.my/node/65937#sthash.4XS37Zi7.dpuf

0 comment... add one now