Bayi 8 Bulan Melecur Terkena Air Botol Susu Panas Di Pusat Asuhan : Bayi 8 bulan melecur terkena air panas, kesian kan...Kalau yang dewasa pun tak tertanggung sakit terkena air panas, apatah lagi bagi kulit seorang bayi yang masih kecil tu. Kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....seterusnya berita dibawah....
Seorang bayi berusia lapan bulan masih menanggung kesakitan akibat melecur selepas didakwa terkena air panas daripada tiga botol susu di sebuah pusat asuhan hampir dua minggu lalu.
Ibunya, Marsyitah Daud, 33, bimbang kesan melecur di sebelah kanan muka anak lelakinya itu akan meninggalkan parut.
Kerani itu berkata anaknya itu mengalami kesan melecur di muka, kaki dan lutut kiri selepas didakwa menarik alas meja mengakibatkan botol susu yang berisi air panas tertumpah di atasnya. Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada 6 Oktober lalu.
"Saya terkejut apabila melihat kesan melecur itu. Dia menanggung kesakitan dan tidak berhenti menangis.
"Saya bergegas membawanya ke Hospital Balik Pulau sebelum dia dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.
"Keadaannya tidak begitu teruk berbanding tempoh hari tetapi mata kanannya membengkak.
"Anak lelaki saya dibenarkan keluar hospital tetapi kami perlu membawanya untuk pemeriksaan pada Isnin," kata Marsyitah di kediamannya di Sungai Nipah.
Marsyitah berkata beliau kecewa dengan sikap pemilik pusat asuhan tersebut. Malah, katanya suaminya telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.
"Dia boleh membantu kami dari segi bil rawatan," katanya.
Jawapan Pemilik Pusat Asuhan
Pemilik pusat asuhan kanak-kanak itu bagaimanapun berkata beliau mahu membayar pampasan kepada keluarga tersebut.
"Kami mahu membayar bil perubatan tetapi sehingga hari ini, kami masih belum menerimanya," katanya.
Mengimbas kembali kejadian itu, wanita tersebut berkata ketika kejadian dia pergi mengambil tuala di luar pusat asuhan berkenaan kerana hujan.
"Semua kanak-kanak sedang tidur. Beberapa minit kemudian saya terdengar bunyi tangisan bayi itu yang merangkak di bawah meja dan menarik alas meja," dakwanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata polis sedang menyiasat kes tersebut.
#Semoga dapat diselesaikan dengan baik, rasanya cuma masaalah komunikasi je kot....
via
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/10/17/bayi-melecur/
Bayi 8 Bulan Melecur Terkena Air Botol Susu Panas Di Pusat Asuhan
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →