Jurukamera Hungry Mahu Saman Lelaki Syria & Facebook : Seorang bekas jurukamera warga Hungary yang sebelum ini telah menimbulkan kemarahan dunia selepas tersiar sebuah video yang menunjukkan dengan dengan sengaja telah menyadung dan menendang kaki pelarian Syria yang sedang mendukung anaknya hungga jatuh pada September lalu membuat comeback, apabila dia dilaporkan akan menyaman lelaki Syria tersebut.
Menurut laporan portal berita Aljazeera, wanita tersebut, Petra Laszlo yang merupakan bekas kakitangan stesen N1TV berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman mangsa, Osama Abdel Mohsen Alghadab ekoran pelarian Syria itu menukar keterangannya yang sebelum ini menyalahkan pihak polis.
Selain itu, beliau juga dikatakan akan menyaman pihak Facebook kerana mendakwa pengendali laman sosial berkenaan memainkan peranan penting sebagai platform kecaman dan kutukan yang diterimanya.
“Kami (dan suaminya) percaya bahawa Facebook memainkan peranan utama kepada saya. Ia membantu orang ramai mengutuk saya,” katanya.
Sebelum ini, dia dilaporkan telah memohon maaf atas tindakannya terhadap pelarian Syria itu sehingga menyebabkan kemarahan global.
Dalam rakaman video yang menjadi perhatian dunia itu, Mohsen yang sedang melarikan diri jatuh tersungkur selepas Laszlo bertindak menyadung kakinya.
via
http://www.siakapkeli.my/2015/10/bekas-jurukamera-warga-hungary-mahu.html
Jurukamera Hungry Mahu Saman Lelaki Syria & Facebook
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →