"Anak-anak saya malu atas apa yang berlaku. Tolong, tolong bersihkan nama saya," kata beliau kepada pegawai polis apabila dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dibebeaskan setelah beliau ditahan selama seminggu untuk membantu siasatan.
"Saya hanya seorang pemandu teksi, saya tidak lakukan apa-apa," katanya.
Pemandu teksi berkenaan, Hanizan Mohamed Radzi, ditahan bersama tiga lelaki lain yang terlibat di dalam kes penculikan tersebut
Sebelum ini, Hanizan berkata dia menemui kanak-kanak itu bersendirian di tepi jalan dan dapat mengenalpasti kanak-kanak itu hasil viral gambar menerusi media sosial.
Bagaimanapun, Hanizan enggan memaklumkan bagaimana dan dimana dia menemui kanak-kanak tersebut.
Setelah seminggu ditahan polis, Hanizan dibebaskan dan disahkan tidak terlibat dalam kes penculikan terbabit.
Tiga lagi yang ditahan didakwa di mahkamah pada pagi Jumaat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961.
Support abang teksi...terima kasih kerana keprihatinan anda yang telah membawa anda ke lokap ...ramai yang mengata dan mengeji bila abang teksi ini diangkut polis untuk tahanan reman...Alhamdulillah akhirnya dia dibebaskan.
Posted by Video Viral on Thursday, 15 October 2015
via
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/10/16/pemandu-teksi-rayu-bersihkan-nama/