Bapa Kejam, Cucuh Rokok Pada Badan 2 Anak Sendiri

Bapa Kejam, Cucuh Rokok Pada Badan 2 Anak Sendiri : Apa sebenarnya masaalah manusia yang kaki mendera ni ye...lagi sedih kalau mangsa tu adalah darah daging sendiri. Kalau dah sampai tahap cucuh rokok kat badan anak yang baru berusia 2 tahun dan usia 7 bulan, bapak jenis ape nih? Layak ke nak dipanggil bapa?? Terbaru kejadian berlaku di Sarawak.

Bapa Kejam, Cucuh Rokok Pada Badan 2 Anak Sendiri

Seorang ibu membuat laporan polis selepas percaya dua daripada tiga anaknya, termasuk seorang bayi didera selepas menemui kesan parut akibat dicucuh dengan puntung rokok pada badan mereka dalam kejadian di Bekenu di Miri, kelmarin.

Difahamkan, ibu mangsa berusia 29 tahun mengambil anaknya yang dalam jagaan suami pada 17 Oktober lalu di Tanjung Batu dan menyedari mereka didera selepas melihat kesan parut pada dada dan tangan anaknya itu sebelum membuat laporan polis kelmarin.

Sumber berkata, dua anak mangsa yang didera itu ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan bayi lelaki berusia tujuh bulan.

Menurutnya, ibu mangsa turut mendedahkan anak perempuannya berusia enam tahun didera secara mental apabila rambutnya dipotong pendek, selain dipercayai turut dipukul.

“Bagaimanapun, ibu mangsa tidak pasti siapa yang melakukan perbuatan dera itu dan berharap suaminya bertanggungjawab terhadap kecuaian itu.

via

0 comment... add one now