Kanak-kanak dalam foto yang diambil pada 8 Jun 1972 adalah Kim Phuc yang ketika itu berusia sembilan tahun. Sambil berlari untuk menyelamatkan diri selepas kawasan penempatannya dibom dia menangis ketakutan.
Tanpa pakaian, baju yang dipakai terpaksa ditanggalkan selepas terbakar hingga menyebabkan bahagian tangan dan belakang tubuhnya melecur teruk.
Nick Ut, jurugambar yang berada ditempat kejadian sempat mengambil foto tragis anak ini sebelum membawa dia dan beberapa lagi kanak-kanak ke hospital di Saigon.
Keesokan harinya gambar yang diambil tersiar di muka hadapan akhbar New York Times dan mendapat perhatian masyarakat dunia. Foto menyayat hati itu turut memenangi hadiah Pulitzer.
Hanya dengan sekeping gambar Phuc menjadi simbol kesengsaraan akibat Perang Vietnam.
Namun itu kisah 43 tahun lalu, kini Phuc dan Ut berusia 52 dan 65 tahun. Phuc telah berhijrah ke Kanada bersama dengan suaminya, Bui Huy Thian.
Sungguhpun sudah memulakan kehidupan baru namun kecederaan akibat kebakaran itu masih belum pulih sehingga kini. Dia masih lagi meneruskan rawatan laser untuk parut melecur di bahagian belakang tubuhnya.
Dalam satu sesi rawatan Phuc baru-baru ini, Ut telah hadir untuk bertemu kembali subjek gambar yang mengetengahkan kerjayanya sebagai jurufoto. Hari itu juga Ut telah diberi tugasan istimewa mengambil gambar Phuc menjalani rawatan memulihkan parut di Miami.
“Dia memulakannya dan dia juga mengakhirinya, ujar Phuc.
Kata wanita ini walau pun parut itu kekal tapi dia tidak lagi merasai penderitaan dan kesakitan sebaliknya hidupnya dipenuhi kebahagiaan. Gambar itu telah mengubah kehidupannya yang turut membawanya ke negara itu. Phuc ketika ini turut aktif dalam kerja kebajikan.
Misinya membantu kanak-kanak mangsa perang melalui organisasi yang diasaskan iaitu Kin Faoundatioan International yang turut merangkumi bantuan kepada kanak-kanak di Afrika, dan juga Timur Tengah.
via