Menerusi video dibawah yang kami paparkan, yang tidak diketahui (kemungkinan besar negara afrika atau arab), kelihatan sekumpulan lelaki sedang berlari menyelamatkan diri dari dilanda Kepala Air di satu sungai yang kering.
Sama ada mereka sedang bermain-main ataupun benar-benar sedang dalam bahaya tidak diketahui.
Namun, jelas kelihatan kepala air tersebut membawa kayu kayan yang besar dan hanyut dengan lajunya.
Firasat kami, mereka semua tak akan selamat kerana setakat manalah kederat dan kemampuan manusia untuk berlari sebegitu jauh..tapi tak taulah kalau mereka dah stanby tempat untuk menyelamatkan diri.
Apapun, jadikan video dibawah sebagai pengajaran dan peringatan kita bersama.
Kepala Air
Main kejo2 yeee....rasa2nya sempat lari ke tak nih???
Posted by Video Viral on Friday, 6 November 2015
Info Kepala Air
Menerusi wikipedia, kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.
Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
1. Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
2. Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
3. Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
4. Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).
via
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kepala_air