Pemain Bolasepak Wanita Ini Mengejutkan Lawan Lelaki Apabila Identitinya Terserlah

Pemain Bolasepak Wanita Ini Mengejutkan Lawan Lelaki Apabila Identitinya Terserlah : Seorang pemain bolasepak wanita, Brenda Perez mengejutkan pihak lawan (lelaki) apabila dia mempamerkan skill bolasepaknya yang tinggi dihadapan pemain lawannya.

Pemain Bolasepak Wanita Ini Mengejutkan Lawan Lelaki Apabila Identitinya Terserlah

Semuanya bermula apabila si gadis bernama Brenda Perez, 21 , bersetuju mengikuti satu eksperimen untuk rancangan TV Sepanyol, El Hormiguero untuk 'memusnahkan beberapa mitos' tentang bola sepak wanita.

Brenda, bersetuju dengan sesi make-up selama tujuh jam untuk menjadikan dirinya "Dani Perez" dan mengambil bahagian dalam perlawanan bukan liga di Madrid bersama 21 lelaki lain.

Seorang pakar make-up artis mengubah wajah Brenda dengan menggunakan topeng muka yang diperbuat daripada getah, janggut dan rambut palsu dan sarung tangan untuk menutup kuku jarinya.

Pemain Bolasepak Wanita Ini Mengejutkan Lawan Lelaki Apabila Identitinya Terserlah

Brenda bukan bermain sepenuh masa dengan pasukannya. Segala eksperimen itu bermula apabila dia masuk untuk menggantikan pemain lain.

Selain menunjukkan kemahiran mengawal bola serta mengelecek lawan yang tinggi, Brenda turut membantu pasukannya mendapatkan gol.

Kemuncaknya yang paling menarik apabila Brenda membuang segala make upnya, mempamerkan wajahnya yang sebenar, mengejutkan abang-abang sado tu....malah lebih manis apabila dia berjaya menjaringkan gol menerusi tendangan percuma.

Pemain Bolasepak Wanita Ini Mengejutkan Lawan Lelaki Apabila Identitinya Terserlah

Yeahh...terkejut beso abam-abam sado tu....hahaha....seterusnya ikuti video tersebut dibawah.



0 comment... add one now