Pelakon Ika Nabila Di Tumbuk Pengarah

Pelakon Ika Nabila Di Tumbuk Pengarah : Ika Nabella yang bakatnya dicungkil menerusi Akademi Fantasia musim keenam dilaporkan dipukul oleh pengarah yang sedang mengarahkan drama Dawai Asmara lakonannya.

Pelakon Wanita Di Tumbuk Pengarah

Drama berkenaan bakal disiarkan menerusi slot Azalea TV3. Sumber berkata, kejadian berlaku siang tadi di set penggambaran di Hulu Kelang.

Difahamkan Ika menjadi pelakon ketiga yang berdepan dengan situasi berkenaan, namun pelakon lain yang pernah dipukul pengarah sama hanya berdiam diri. Ika dikatakan ditumbuk di bahagian muka dan badan secara bertubi-tubi.

Difahamkan pengarah terbabit bertindak di luar kawalan itu kerana tidak dapat apa yang diinginkan daripada Ika.

Sumber itu berkata lagi, mulut Ika saat ini tidak dapat dibuka gara-gara akibat pukulan itu.

Dalam drama itu, Ika memegang watak utama. Ia bukan kali pertama Ika berlakon di bawah arahannya. Usaha menghubungi Ika tidak berjaya.

Namun dia hanya membalas ringkas menerusi aplikasi WhatsApp saat ditanya apakah benar dia dipukul pengarah itu seperti diceritakan sumber.

"Ya, saya memang dipukulnya," katanya ringkas yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian berkenaan.

Difahamkan, Ika akan membuat laporan polis berkaitan kejadian itu esok. Sementara itu, usaha menghubungi pengarah yang dimaksudkan tidak berjawab.

Beberapa kali menghubunginya, akhirnya panggilan itu masuk ke dalam peti rakaman suara.

via
http://www.bharian.com.my/node/93872

0 comment... add one now