Zahira MacWilson Trauma Diserang Lelaki Bersenjata

Zahira MacWilson Trauma Diserang Lelaki Bersenjata : Pelakon Zahira MacWilson, 20, berdepan detik cemas apabila seorang lelaki tidak dikenali cuba mencederakannya menggunakan alat tajam di perkarangan pusat beli-belah, semalam.

Zahira MacWilson Trauma Diserang Lelaki Bersenjata

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Zahira yang berseorangan baru hendak memasuki keretanya selepas berjumpa dengan rakannya di pusat beli-belah berkenaan.

Zahira ketika dihubungi berkata, apabila dia tiba di kereta tiba-tiba lelaki yang datang dari arah belakang mencekak lehernya sambil menghunus alat dipercayai senjata tajam.

"Saya tak sedar bila lelaki itu mengekori saya. Kejadian berlaku sangat pantas, namun dia bertindak meninggalkan saya apabila menyedari kehadiran orang ramai di situ,” lapor Harian Metro.

Kejadian itu turut menyebabkan pelakon utama drama bersiri Mencintaimu ini mengalami luka kecil di tangan kanan.

“Saya tak pasti apa motif lelaki itu sama ada mahu menculik atau meragut. Saya juga tidak cam wajahnya kerana dia memakai baju sejuk serta penutup kepala,” katanya yang kemudian membuat laporan kepada pengurusan pusat beli-belah berkenaan.

Zahira berkata, walaupun masih trauma dengan kejadian itu dia tetap meneruskan penggambaran drama Cik Cinderella & Encik Tengku.

"Saya tak mahu kejadian sama berulang kepada orang lain. Saya harap semua orang berhati-hati apabila berjalan sendirian,” katanya.

Zahira MacWilson Trauma Diserang Lelaki Bersenjata

Biodata Zahirah Macwilson

Nama sebenar Zahirah Macwilson- Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson. Berdarah campuran Melayu dan Australia, pelakon jelita ini baru berusia 20 tahun.

Asal - Kuala Lumpur, Zahirah Macwilson juga merupakan seorang model dan memiliki Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Curtin, Australia.

Antara drama yang pernah dilakonkan oleh Zahirah Macwilson adalah Tanah Kubur, Generasi Dunia Baru, Hidayahmu Ramadan, Mr London Ms Langkawi dan yang terbaru ini Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad.

Untuk anda yang ingin mengenali dengan lebih dekat pelakon Zahirah Macwilson boleh follow beliau menerusi...
Instagram  https://instagram.com/zahirahmacwilson/
twitter https://twitter.com/zahirahmac

via
http://www.hmetro.com.my/node/91011#sthash.khMqMq81.dpuf

0 comment... add one now