Kelab Manchester City Malaysia Kenang Jasa Arwah Pak Yus

Kelab Manchester City Malaysia Kenang Jasa Arwah Pak Yus

Arwah Yus Kerap Ditipu Atas Sikap Dermawannya

PAK Yus... kami hanya mengenali Pak Yus dalam grup WhatsApp sahaja.

Grup pasukan bola sepak, Kelab Penyokong Manchester City Malaysia (MCMFC). Langsung tidak pernah kami bersua muka.

Apabila menjelang perlawanan Manchester City, Pak Yus lah orang pertama yang akan menghantar pesanan suara. Pak Yus menyanyi lagu semangat; 'City till i die'.

Ya... Pak Yus atau nama sebenarnya Yusry Edoo penyokong setia Manchester City dan juga Duta Selebriti Kelab Penyokong Manchester City Malaysia.

Nyanyian Pak Yus kami sebarkan kepada grup penyokong Manchester City yang lain.

Kami ceria mendengar suara Pak Yus.

Selepas habis program Maharaja Lawak Mega (MLM), Pak Yus juga sering meluahkan perasaan.

Kami faham semangat juang Pak Yus sebagai peserta dalam pertandingan itu.

Itulah perkara yang Pak Yus selalu lakukan selepas habis program MLM.

Sebelum itu, kami langsung tidak mengetahui siapa sebenarnya Pak Yus.

Hingga pada suatu hari, ketika kami sedang membincangkan pembelian jersi Manchester City, kami mengambil keputusan untuk membuat pungutan sebanyak RM30 untuk setiap pemain.

Perbincangan hanya di dalam grup WhatsApp.

Ketika sedang rancak berbincang, Pak Yus mencelah:

"Berapa harga semua jersi? Bagi tahu, esok saya bank-in.”

‎Kami terkejut dengan tawaran Pak Yus. Secara tiba-tiba Pak Yus menyuarakan hasrat untuk membantu.

"Saya cari kawan, bukan cari lawan.”

Itu kata-kata Pak Yus yang kami masih ingat ketika Pak Yus menyatakan hasrat tersebut.

Ketika itu kami begitu gembira dengan bantuan Pak Yus.

Lantas kami bercadang untuk meletakkan nama Pak Yus sebagai penaja pasukan MCMFC.

Tetapi Pak Yus bertegas tidak mahu. Kata Pak Yus, tidak perlu, “doakan saya murah rezeki."

Mulianya hatimu Pak Yus...

Biarpun Pak Yus tidak mahu, tetapi kami mengambil keputusan untuk mengabadikan sumbangan Pak Yus dengan menggunakan tulisan merah jambu sebagai simbolik Pak Yus yang terkenal dengan kumpulan Jambu.

Kami juga menempah sehelai jersi, juga tertera nama Pak Yus sebagai salah seorang penyokong.

Kini jersi itu hanya tinggal kenangan Pak Yus...

Ketika mendapat perkhabaran pemergian Pak Yus, kami semua terkejut.

Mimpi apakah ini? Adakah ia satu gurauan?

Arwah Yus Kerap Ditipu Atas Sikap Dermawannya

Namun ternyata ia bukan gurauan. Benar Pak Yus sudah mengadap Yang Maha Esa. Pulang ke pangkuan Maha Pencipta.

Kehilangan Pak Yus amat dirasai. Benar kita tidak pernah bersua muka Pak Yus.

Tetapi sikap Pak Yus yang sentiasa rendah diri, mesra dan peramah, membuatkan kita mengenali siapa itu Pak Yus.

Biarpun Pak Yus kini sudah tiada tetapi sumbangan Pak Yus akan kami kenang sampai bila-bila.

Kata-kata Pak Yus akan kami semat di dalam jiwa; “Saya cari kawan, bukan cari lawan.”

Al-Fatihah buatmu Pak Yus @ Yus Jambu.

Dari kami; Pemain Bola Sepak Kelab Manchester City Malaysia.

0 comment... add one now