Rumahtangga Fasha Sandha & Jejai Goyah Kerana Orang Ke 3?

Rumahtangga Fasha Sandha & Jejai Goyah Kerana Orang Ke 3?: Khabarnya situasi rumah tangga Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli kini semakin retak. Menurut sumber sahih akhbar memaklumkan, Fasha Sandha Hassan, dipercayai telah mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini.

Rumahtangga Fasha Sandha & Jejai Goyah Kerana Orang Ke 3?

Namun tidak dipastikan kunjungan itu sama ada untuk mendapatkan kaunseling hal rumah tangga ataupun nasihat mengenai urusan perceraian.

Tambah sumber itu, keretakan rumah tangga Fasha dan Jejai, berpunca campur tangan pihak ketiga yang dipercayai melibatkan ahli keluarga Jejai sendiri.

Perkara tersebut menjadi bualan hangat disatu laman pemilik instagram yang menggunakan nama "sembangsampaisentap".

Rumahtangga Fasha Sandha & Jejai Goyah Kerana Orang Ke 3?

Lebih parah lagi ujar sumber itu apabila bekas isteri Jejai iaitu Nora Danish dikatakan turut terbabit sama.

"Masalah ini sebenarnya sudah lama berlarutan berikutan konflik dengan keluarga mertua Fasha.

"Nora dan salah seorang keluarga Jejai saling memburukkan Fasha di laman sosial dan ia membuatkan rumah tangga pasangan itu semakin goyah," kata sumber tersebut.

Rumahtangga Fasha Sandha & Jejai Goyah Kerana Orang Ke 3?

via

0 comment... add one now