Inilah Malam Paling Sukar Buat Saya ~ Tunku Mahkota Johor: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan penghormatan terhadap adiknya dalam posting di Facebook, menyifatkan Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim sebagai sumber kekuatan dan inspirasi.
"Kepada adikku yang dikasihi...Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya," kata Tunku Ismail di halaman Facebook Johor Southern Tigers, awal pagi Ahad.
Almarhum Tunku Abdul Jalil, 25, yang merupakan anakanda keempat dari enam adik beradik dan putera kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mangkat pada pukul 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor, akibat kanser.
"Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri.
"Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu," kata TMJ.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, yang mengumumkan berita kemangkatan itu, berkata istiadat siram jenazah dan kafan akan dilakukan kira-kira pukul 7 pagi Ahad.
Ku, Tunggu Patik Ku, Patik Nak Tengok Ku Buat Kali Terakhir ~ Nomad
Seterusnya jenazah Almarhum akan disemayam di Bilik Singgahsana Istana Besar.
Katanya orang ramai diberi peluang memberi penghormatan terakhir pada pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi Ahad di Bilik Singgahsana, Istana Besar.
Abdul Rahim berkata penghormatan untuk orang kenamaan pula akan bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, sebelum jenazah disembahyangkan dan dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah di sini selepas waktu Zohor.
via
Inilah Malam Paling Sukar Buat Saya ~ Tunku Mahkota Johor
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →