Kereta Jadi Rumah, Tempat Tidur Pak Cik Ini

Kereta Jadi Rumah, Tempat Tidur Pak Cik Ini,ok: As-salam......
Lama juga saya memperhatikan pakcik ini.....sejak minggu lepas pakcik akan berada di dalam kereta nya bersendirian termenung....Hati kecil saya bertanya adakah pakcik nie tinggal dalam kereta buruk nie?

Kereta Jadi Rumah, Tempat Tidur

"Memang benar pakcik dah lama tinggal dalam kereta nie", katanya bila ditanya...pakcik nie tidur dalam kereta dan mandi di masjid ader kala menumpang tidur di surau....sebatang kara...ulang alik ke hospital Shah Alam untuk berubat akibat sakit pendarahan ususnya.

Kereta Jadi Rumah, Tempat Tidur Pak Cik Ini

Pernah memohon bantuan zakat selangor dan baitulmal tapi ditolak......Mohon bantuan sahabat-sahabat dan rakan-rakan agar dapat meringankan beban yang di tanggung pakcik Ramli.......Tolong viralkan ye

Kereta Jadi Rumah, Tempat Tidur Pak Cik Ini

No.Tel : 01135117150 (pakcik Ramli)

p.s : selalu ada kat parking masjid negeri Shah Alam mengadap tasik Shah Alam - kereta kancil putih

UPDATE:

Maklum Balas viral Pakcik Ramli : Permohonan Zakat Ditolak dan Sakit Usus
Sejurus mendapat viral ini, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus menghubungi beliau tetapi gagal kerana nombor yang diviralkan tidak tepat.
Pegawai agihan LZS juga cuba mencari beliau di lokasi tapak letak kereta di Masjid Negeri Shah Alam tersebut, namun gagal menemui Pakcik Ramli.
Hasil bantuan sahabat-sahabat FB dan media sosial, info tepat dapat diperolehi sehingga kami berjaya menemui Pakcik ini di Seksyen 3 Shah Alam.
Hasil siasatan, pakcik ini memang layak untuk menerima bantuan zakat. Pihak kami telah menyalurkan bantuan kecemasan sebelum bantuan lain menyusul. Untuk makluman, pakcik Ramli mengidap penyakit buasir dan ulser berdarah.
Melihat keadaan Pakcik yang sebatang kara, tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak mampu bekerja kerana sakit ini, LZS akan menyalurkan bantuan kewangan bulanan serta bantuan perubatan kepada beliau. Bantuan tempat tinggal juga sedang diusahakan oleh LZS untuk keselesaan Pakcik Ramli.
Berkaitan dakwaan permohonan zakat yang ditolak, menurut beliau permohonan tersebut dibuat suatu masa dahulu, ketika beliau baru tiba ke Selangor lebih kurang 10 tahun yang lepas. Beliau sebelum ini tinggal di Taiping sebelum berpindah ke Gombak. Permohonan zakat dibuat di sekitar Gombak. Selepas itu, tiada lagi permohonan zakat dilakukan.
Pihak kami di LZS, berterima kasih kepada Shah Rezan Azam, sahabat-sahabat FB dan media sosial yang membantu menyalurkan maklumat dan mencari pakcik ini.
Alhamdulillah dengan bantuan sahabat-sahabat semua, akhirnya Pakcik Ramli dapat dibantu.
Kereta Jadi Rumah, Tempat Tidur Pak Cik Ini

Kereta Jadi Rumah, Tempat Tidur Pak Cik Ini

via
Shah Rezan Azam
Pusat Zakat Selangor

0 comment... add one now