Gegaran tersebut turut dirasai penduduk di sekitar Penang, Klang, Shah Alam dan Subang terutama mereka yang tinggal di apartment..
Dalam perkembangan yang sama, Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan barat Sumatera, Utara Sumatera dan Aceh akibat dari gempa terbabit.
Sementara itu, Malaysian Meteorological Department menerusi laman Facebook rasmi mereka mengesahkan kejadian tersebut.
Menurut laporan awam, antara bangunan tinggi yang merasai gegaran itu ialah Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Georgetown yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan kompleks membeli-belah.
Sementara itu beberapa balai bomba dan penyelamat di kawasan Kajang, Shah Alam dan Petaling Jaya turut menerima panggilana kecemasan berhubung gegaran tersebut dan anggota bomba telah dikerah untuk membuat pemantauan di lokasi-lokasi yang terlibat.