Gambar~ Penjenayah Berbalas Tembak Dengan Polis Maut, Turut Di Temui Pistol & Bom Tangan

Gambar~ Penjenayah Berbalas Tembak Dengan Polis Maut, Turut Di Temui Pistol & Bom Tangan, ok : Seorang lelaki disyaki penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Taman Rakyat, dekat Mergong Alor Setar dalam kejadian awal pagi tadi.

Gambar~ Penjenayah Berbalas Tembak Dengan Polis Maut, Turut Di Temui Pistol & Bom Tangan

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.10 pagi itu, polis turut menemui sejumlah dadah jenis syabu selain pil kuda dan Eramin 5, bersama sepucuk pistol dan bom tangan dalam pemilikan suspek.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Jalil Hassan, berkata suspek yang menaiki sebuah kereta terdahulu dikesan mencurigakan di kawasan lampu isyarat berhampiran sebuah bank di Taman Rakyat.

Menurutnya, kenderaan itu kemudian dihampiri anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah untuk tujuan pemeriksaan.

"Bagaimanapun, suspek enggan bekerjasama dan memecut kereta ke arah Masjid Taman Rakyat dan dikejar kereta polis.

Gambar~ Penjenayah Berbalas Tembak Dengan Polis Maut, Turut Di Temui Pistol & Bom Tangan

"Ketika melarikan diri, suspek yang turut melanggar kereta peronda sempat melepaskan tiga das tembakan ke arah polis, memaksa anggota berkenaan melepaskan tembakan balas untuk mempertahankan diri. "

Ia menyebabkan kereta dinaiki suspek terbabas dan merempuh pokok. "Suspek mati di tempat kejadian dan polis turut menemui pelbagai jenis dadah dalam kereta terbabit, selain sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama tiga peluru hidup dan sebutir bom tangan yang masih aktif.

"Kita juga menemui tiga kelongsong peluru," katanya.

Gambar~ Penjenayah Berbalas Tembak Dengan Polis Maut, Turut Di Temui Pistol & Bom Tangan

Katanya, polis sedang mengenal pasti identiti suspek yang disyaki warga tempatan itu kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Abd Jalil berkata, polis masih memeriksa status kenderaan digunakan suspek, selain motif pemilikan senjata api bersama bom tangan terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

via

0 comment... add one now