4 Mayat Ditemui, Mungkin Di Bunuh Kerana Agama,ok? | Empat mayat yang ditemui di kawasan semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok, adalah warganegara Myanmar yang dibunuh kerana krisis agama.
Kesemua mangsa lelaki berusia 22 hingga 31 tahun itu dibunuh bermotifkan dendam berkaitan krisis agama di negara asal mereka membabitkan penganut Islam dan Buddha. Menurut saksi, kesemua buruh binaan itu diculik dari asrama mereka di Tunjung oleh sekumpulan sembilan lelaki bertopeng dan bersenjata pisau jam 11 malam, Selasa lalu.
Jam 6 petang semalam, seorang penduduk menemui empat mayat bergelimpangan dalam kawasan semak terbabit.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abd Rahman Ismail berkata, kepala mangsa ditekup dengan plastik dan ditikam pada dada serta perut.
"Setiap mayat ada kesan tikaman, ada yang menpunyai satu kesan tikaman dan ada yang ada dua kesan.
"Juga terdapat kesan calar pada peha dan lengan dipercayai kesan pergelutan dan pergaduhan," katanya.
4 Mayat Ditemui, Mungkin Di Bunuh Kerana Agama
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →