Anggota SPRM Dera Isteri Ditahan Polis,ok? | Anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai mendera isterinya, ditahan polis di Batu Berendam, Melaka, malam tadi (28/10/2016).
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 37 tahun yang ditahan kira-kira 8 malam itu, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat esok, untuk permohonan reman.
Suspek yang berkhidmat di SPRM Segamat itu juga didapati tidak hadir bertugas dan mempunyai kes narkotik di Muar pada tahun lepas, kata beliau dalam kenyataan.
Terdahulu, beliau berkata, dua laporan polis dibuat dan dua kertas siasatan dibuka, dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Wan Ahmad Najmuddin berkata, kes itu turut disiasat mengikut Seskyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
Dua laporan polis itu berhubung kes tersebut yang diviralkan dalam laman sosial Facebook milik seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga. - Bernama
Anggota SPRM Dera Isteri Ditahan Polis
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →