Polis Buka 3 Kertas Siasatan Suami Mualaf Dera Isteri,ok?: Pihak polis membuka tiga kertas siasatan membabitkan pelbagai kesalahan, termasuk dadah ke atas seorang lelaki dipercayai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa memukul isterinya selepas tersebar di media sosial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya kini sedang mengesan suspek berusia 30-an itu yang turut didapati seorang kakitangan kerajaan yang bermasalah. "Polis sudah mulakan siasatan dan ada tiga laporan diterima terhadap dia (suspek) yang kini dipercayai menghilangkan diri sejak lebih dua bulan lalu.
"Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2016 di Hotel Plaza Ramada di sini, hari ini.
Terdahulu, SPRM dalam satu kenyataan sudah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai berkenaan dan sedia memberi kerjasama dengan PDRM. .
Polis Johor Buru Lelaki Dera Isteri
Polis Johor mengesahkan menerima dua laporan dan sedang memburu seorang anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dengan keganasan rumah tangga.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya ada menerima dua laporan daripada wanita mendakwa isteri suspek yang dipukul dan diugut dengan parang.
Katanya, susulan laporan itu polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
"Suspek dalam kes ini adalah anggota SPRM, namun tidak hadir bertugas di pejabatnya di Segamat selain mempunyai rekod lampau berhubung kes narkotik di Muar pada tahun lalu.
"Polis Johor memandang serius kejadian ini dan sedang berusaha mengesan serta menangkap suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata, baru-baru ini viral di laman Facebook berkaitan satu petikan seorang wanita yang menjadi mangsa rumah tangga bersama suaminya yang juga anggota SPRM.
"Kandungan petikan di laman Facebook itu menceritakan mangsa dipukul oleh suaminya serta pernah diugut dengan parang dan dipaksa menghisap kemaluan anaknya oleh suspek," katanya.~ Berita Harian
Polis Buka 3 Kertas Siasatan Suami Mualaf Dera Isteri
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →