Inilah Punca Sebenar Kenapa Lelaki Ini Memilih Gadis Turki

Inilah Punca Sebenar Kenapa Lelaki Ini Memilih Gadis Turki,ok!: Seorang jejaka Melayu memilih gadis Turki sebagai isteri walau disyaratkan tinggal di negara itu kerana kos perkahwinan tidak semahal di Malaysia.

Inilah Punca Sebenar Kenapa Lelaki Ini Memilih Gadis Turki

Menurut laporan The Malay Mail Online, Said Imaddudeen, 29, berkata, urusan perkahwinan lebih mudah dan paling penting perbelanjaan nikah juga tidak begitu mahal, sebab itulah dia memilih gadis Turki.

Anak jati Kuala Lumpur itu sanggup memenuhi syarat keluarga Ayse Karateke, 21, yang memintanya memiliki rumah sebelum bernikah dan harus menetap di negara itu.

"Antara cabarannya, Keluarga Ayse meletakkan syarat supaya saya kena ada rumah dahulu dan perlu menetap di Turki...saya setuju untuk memenuhi hajat mereka," katanya.

Kesemua cabaran untuk dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran sehinggalah mahligai perkahwinan yang diimpikan akhirnya terbina pada Ogos 2015.

Inilah Punca Sebenar Kenapa Lelaki Ini Memilih Gadis Turki

Majlis perkahwinannya pada Ogos 2015 tidak besar dan hanya dihadiri 30 tetamu, tambah Said, wanita Turki begitu sukar untuk mengikut dan memahami budaya suaminya yang berbangsa asing.

"Jadi mungkin disebabkan itulah yang membuatkan lebih mudah lelaki Turki berkahwin dengan wanita Malaysia berbanding wanita Turki mengahwini lelaki Malaysia.

"Namun urusan perkahwinan lebih mudah dan penting perbelanjaan nikah juga tak begitu mahal, sebab itulah saya pilih gadis Turki," ujarnya sambil berjenaka.

Menurut Said lagi, berbeza dengan kenduri kahwin di Malaysia apabila kita kena tempah katering, dewan bersanding, pelamin dan macam-macam lagi yang makan banyak belanja.

Inilah Punca Sebenar Kenapa Lelaki Ini Memilih Gadis Turki

Ayse Terpikat Kerana Perwatakan Said


Sementara itu isteri Said pula, Ayse berkata, keputusannya memilih lelaki asing dibuat kerana dia menyedari dalam institusi perkahwinan tidak pernah membataskan perbezaan bangsa atau negara.

Jelasnya, dia terpikat dengan Said dek kerana bersifat lembut, sensitif dan sangat memahami dirinya.

"Bagi saya cinta tak mengenal bangsa dan negara. Apa yang penting ketulusan dan keikhlasan hati dalam mencintai antara satu sama lain.

Inilah Punca Sebenar Kenapa Lelaki Ini Memilih Gadis Turki

"Said berjaya menawan hati dan cinta saya kerana dia seorang yang cukup lembut dalam tutur bicara, sentiasa peka dan begitu memahami hati budi saya...tapi saya rasa bukan orang Malaysia sahaja bersifat macam tu," katanya sambil ketawa mengusik suaminya.

Ujar Ayse lagi, antara faktor kenapa kebanyakan wanita Turki tidak mengahwini lelaki bangsa asing kerana perasaan takut, risau dan tidak yakin.

Minda orang Turki tidak begitu terbuka dengan budaya luar dan mereka lebih terikat dengan budaya mereka sendiri.

Inilah Punca Sebenar Kenapa Lelaki Ini Memilih Gadis Turki

Katanya selepas berkahwin dengan Said, dia merasa gembira dan bertuah bahkan perasaan takut yang dialaminya hilang dan tidak menjadi risau lagi.

"Saya bersyukur kepada ALLAH kerana menemukan jodoh saya dengan Said dan berdoa semoga cinta kami berkekalan hingga hujung nyawa," katanya.

Mula menjejakkan kaki di Turki pada 2008, Said belajar bahasa negara itu pada 2011 sebelum menetap di sana setahun kemudian. Beliau kini menyambung pelajaran Universiti Istanbul.

Pasangan ini mula bertentangan mata sewaktu sama-sama menyertai program di Universiti Bogazici sebelum menjalin hubungan cinta.



MUHAMAD NUR THAQIB SHAKER,
Pelajar Malaysia di Universiti Yasar, Izmir, Turki

0 comment... add one now