Menerusi aps tersebut, pengguna boleh membuat semakan status bagi mencari restoran, kafe dan juga produk halal, menurut Intan Suriya, ketua perkongsian antarabangsa dan acara global Serunai Commerce Sdn Bhd.
“Selepas ini, jika anda berkunjung ke mana-mana negara, tidak perlu lagi pening kepala untuk membuat semakan melalui Google atau sebagainya, sebaliknya hanya gunakan ‘Verify Halal’ sahaja.
“Sehingga kini aplikasi berkenaan sudah dimuat turun lebih 100,000 pengguna sejak mula dicipta tahun lalu,” katanya kepada SelangorKini.
Serunai Commerce Sdb Bhd merupakan salah satu peserta yang menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2019 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Mengulas lanjut, Intan berkata, aplikasi dihasilkan melalui usahasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu turut berjaya menangani isu viral yang tidak sahih, terutamanya berkaitan status halal.
“Melaluinya, orang ramai boleh memeriksa status halal sesuatu produk hanya di hujung jari tanpa perlu bersusah payah menghubungi JAKIM.
“Hanya menggunakan aplikasi percuma ini, isu yang tidak sahih atau ragu-ragu boleh ditangani segera, ia sekali gus membantu umat Islam tidak lagi berasa was-was,” katanya.
Aplikasi itu boleh dimuat turun melalui Google Play dan juga AppStore.
Kredit
SelangorKini