Julie Dahlan Meninggal Dunia

Julie Dahlan Meninggal Dunia | Julie Dahlan, penerbit filem terkenal, yang menderita sakit buah pinggang tahap kronik akhirnya meninggal dunia di Hospital Ampang sekitar jam 7.30 malam tadi.

Julie Dahlan Meninggal Dunia

Julie, 62, atau nama sebenarnya, Junaidah Dahlan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Keadaan beliau makin serius sejak setahun lalu hingga perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Selain mengidap penyakit buah pinggang, allahyarhamah Julie Dahlan pernah mengakui menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

JD Productions Sdn Bhd kini difahamkan dikendalikan anak bongsunya yang juga seorang pelakon iaitu, Siti Hani Nur Zara Harmi atau Hanny.

Semoga arwah beliau ditempatkan dikalangan muslimah beriman dan beramal soleh.Amin.

via
http://www.bharian.com.my/node/50890

0 comment... add one now