Gambar: Anak Derhaka Letak Ibu Kandung Di Kandang Babi, Manakala Dia Di Rumah Mewah : Seorang anak derhaka sanggup membiarkan ibunya yang berusia 100 tahun tinggal dikandang babi manakala dirinya pula tinggal dirumah mewah.
Chen Shoutian, lelaki di Guanyun County, Wilayah Jiangsu, menjadi bahan kritikan netizen di media sosial China lantaran tindakannya membiarkan ibunya tinggal di kandang babi sama ada untuk tidur, menonton televisyen dan sebagainya.
Menurut laporan Telegraph, komen pedas terhadap Chen bermula dari sebuah tayangan di televisyen tempatan. Turut dilaporkan bahawa ibunya yang tidak disebutkan namanya itu telah dua tahun hidup bersama-sama haiwan itu.
Ibu malang yang lahir pada masa runtuhnya Dinasti Qing ini menggunakan jerami sebagai alas tidurnya. Dalam pada itu, ibu lapan anak itu mengaku berasa lebih senang tinggal di kandang babi yang berbau, dipenuhi nyamuk dan juga dikerumuni lalat.
"Dia memang ingin tinggal di sini kerana katanya selesa," kata Chen seolah berdalih kepada stesen televisyen tempatan tersebut. Tambah Chen lagi, dirumahnya, tiada ruang kosong lagi untuk ibunya itu. Walhal, terdapat enam bilik di dalam rumahnya.
"Saya sebenarnya tidak keberatan dia tinggal di sini," kata Chen.
Salah seorang ahli keluarga Chen yang berkunjung ke kandang babi itu mengaku tidak sanggup untuk berada lama disitu. "Sangat berbau, hinggakan saya tidak mampu untuk masuk ke dalamnya," kata Liu Zhanbing, cucu ibu tersebut.
Salah seorang anak perempuannya, Gu Yuqing, mengaku sudah banyak kali cuba meyakinkan ibundanya untuk keluar dari kandang babi tersebut.
Namun, dia sukar meyakinkannya kerana ibunya mengaku menyukai tempat itu. "Banyak lalat dan nyamuk di musim panas dan ibu saya tinggal di situ. Sangat menyakitkan hati saya. Dia sangat tua, dan tinggal dengan babi! Bagaimana kami tidak sedih?" kata Gu.
via
http://www.kakisembang.com/2013/08/gambar-anak-derhaka-tinggalkan-ibu.html
Gambar: Anak Derhaka Letak Ibu Kandung Di Kandang Babi, Manakala Dia Di Rumah Mewah
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →