Budak 8 Tahun Maut Di Pukul Rakan Sekelas

Budak 8 Tahun Maut Di Pukul Rakan Sekelas: Pihak polis menyoal seorang budak berusia lapan tahun selepas didakwa menyerang dan membunuh rakan sekelasnya berikutan satu perkelahian Jumaat lalu.

Budak 8 Tahun Maut Di Pukul Rakan Sekelas

Kedua-dua murid itu mengambil bahagian dalam satu pertandingan lukisan. Mereka tiba-tiba bergaduh. Mangsa ditumbuk rakan sekelasnya di dada sebelum ditendang di kepala,” kata jurucakap polis Jakarta M Iqbal.

Kejadian berlaku di Sekolah Rendah Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, Jumaat lalu.

Pegawai sekolah membawa mangsa yang juga berusia lapan tahun ke klinik masyarakat berhampiran sebelum dia dihantar ke Hospital Fatmawati. Dia bagaimanapun mati jam 6 petang kelmarin.

Polis berkata, seorang guru berada di tempat kejadian ketika pergaduhan berlaku, tetapi tidak dapat dipastikan alasan dia tidak meleraikan kedua-dua pelajar apabila keadaan menjadi ganas.

Sehingga semalam, polis masih belum menahan atau mendakwa budak berkenaan. Bagaimanapun, ia merancang berbuat demikian menurut undang-undang juvana. - Agensi

Di atas merupakan laporan dari MyMetro, dibawah versi yang kami selidiki di laman sosial.

Budak 8 Tahun Maut Di Pukul Rakan Sekelas
foto poskotanews.com
Anggrah Ardiansyah,8, meninggal dunia setelah mengalami pendarahan di bagian otak. Dia mengalami pendarahan setelah ditendang di bahagian kepala oleh rakan sekelasnya yang bernama Ricard.

"Ada gumpalan darah di bagian otak Anggrah," ujar Riftajudin, Ketua Polis Kebayoran Lama ketika dihubungi Tempo, Sabtu, 19 September 2015.

Riftajudin menjelaskan, Anggrah meninggal dunia ketika sedang mengikuti satu aktiviti di sekolah tersebut.

Ketika sedang melakukan aktiviti itu, kedua-duanya dilaporkan bergaduh, Ricard dilihat memukul dada dan menendang kepala Anggrah.

"Anggrah kemudian terjatuh serta mengalami luka di kepala bahagian belakang dan dada, dan Richard terus memukulnya dengan menendang Anggrah di kepala" tambahnya.

Anggrah kemudian dikejarkan ke Hospital Kebayoran Lama, ketika disana dia masih sedarkan diri dan mengalami muntah-muntah.

Namun hakikatnya, kecederaan yang dialami Anggrah parah dan 8 jam kemudian, dia tidak dapat diselamatkan lagi.

Punca pergaduhan bermula kerana ejek mengejek. Richard dikatakan marah setelah diejek (babon dan gendut) oleh Anggrah.

-Tetapi, paling kami kesal apabila dikatakan gurunya turut berada ketika kejadian, namun tak tahu kenapa dia gagal bertindak ketika kedua-dua murid itu bergaduh. Ketika ditanya polis, dia menyangka kedua-dua murid tersebut sedang bergurau!

via
http://www.hmetro.com.my/node/79005

0 comment... add one now