Itulah luahan bapa kepada kanak-kanak pelarian Syria, Abdullah Kurdi yang terbunuh dalam tragedi bot karam kelmarin.
Pengguna media sosial digemparkan dengan penyebaran gambar mayat seorang budak lelaki yang terdampar di pesisir pantai Turki.
Gambar itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan berbaju kemeja-T dan berseluar pendek tertiarap di atas pasir berhampiran Bodrum, seolah-olah sedang nyenyak tidur.
Kanak-kanak berkenaan adalah 12 pelarian Syria yang terbunuh selepas bot dinaiki mereka karam ketika dalam perjalanan ke pulau Kos di Greece.
Menurut bapa kepada kanak-kanak malang tersebut, Abdullah Kurdi, penyeludup sebelum ini menjanjikannya kepadanya sebuah motobot untuk perjalanan dari Turki ke Greece.
Sebaliknya, dia bersama isteri, serta dua anaknya yang akan 'berhijrah" untuk memulakan kehidupan baru mereka di Kanada itu hanya disediakan bot getah berkeluasan hanya 15 kaki untuk memuatkan Kurdi, isteri dan dua anak kecil mereka.
Kurdi berkata, sebelum ini dia telah beberapa kali cuba untuk menyeberang ke Eropah namun gagal.
Malah, dia hampir lemas ketika cuba menyeberang sungai di Edirne, Turki dan apabila sampai di sempadan Bulgaria dia ditahan dan dihantar semula.
Tambah Kurdi, dia kemudiannya membayar 4000 euro untuk membawa keluarganya "berhijrah" dengan menggunakan bot.
"Saya terpaksa membayar lebih untuk mengelakkan menyeberang menggunakan bot getah. Sudah tentu, kami takut lemas, namun penyeludup berkata, ia akan menggunakan kapal."
Kurdi berkata, jaket keselamatan yang dipakai keluarganya hilang semasa insiden, tetapi, pegawai keselamatan Turki berkata, tiada jaket keselamatan disediakan.
Perjalanan tersebut bermula pada pukul 3.00 pagi di mana cuaca di Meltimi agak berangin dan ketinggian ombak boleh mencecah 15 kaki.
Kurdi menceritakan bagaimana dia berenang semasa mencari isteri serta anaknya yang untuk berpaut di bot yang karam.
"Saya cuba untuk menolak mereka ke atas supaya mereka dapat menafas secara bergilir-gilir dan kami berada di dalam air kira-kira 3 jam, mencuba untuk menyelamatkan diri," kataya dipetik The New York Times
Kurdi berkata, dia menyaksikan anak-anaknya sudah keletihan, memuntahkan cecair putih, dia cuba menolak salah seorang kepada isterinya.
Walaubagaimanapun, Kurdi tidak mampu menahan sebak untuk meneruskan penceritaan kejadian tersebut.
Namun, lelaki itu sempat meninggalkan mesej supaya bantuan dan mencari penyelesaian terbaik untuk membantu pelarian memulakan hidup baru.
Kerana Terlalu Sedih, Bapa Anak Syurga Tolak Kerakyatan Kanada Untuk Kembali Ke Syria
via
http://www.sinarharian.com.my/global/budak-syria-mati-lemas-1.426933