Terlalu Sedih, Bapa Anak Syurga Tolak Kerakyatan Kanada, Kembali Ke Syria

Kerana Terlalu Sedih, Bapa Anak Syurga Tolak Kerakyatan Kanada Untuk Kembali Ke Syria:  Bapa kepada kanak-kanak Syria, Aylan Kurdi yang terkorban dalam tragedi bot terbalik dan mayatnya ditemui di pesisir pantai Turki menolak tawaran kerakyatan yang ditawarkan oleh kerajaan Kanada.

Kerana Terlalu Sedih, Bapa Anak Syurga Tolak Kerakyatan Kanada Untuk Kembali Ke Syria

Abdullah Kurdi yang turut kehilangan isteri dan seorang lagi anak lelakinya dalam insiden menggemparkan itu dilaporkan telah kembali ke bandar kelahirannya di Kobani, Syria, untuk mengebumikan keluarganya.

"Dia mahu ke Eropah demi kehidupan lebih baik untuk anak-anaknya. Tetapi, kini mereka telah tiada dan Abdullah memutuskan untuk terus tinggal di sini kerana mahu berada dekat dengan pusara keluarganya," kata pakciknya, Suleiman Kurdi katanya kepada Press TV.

Difahamkan, keluarga Abdullah adalah antara 12 pemohon suaka yang maut ketika cuba untuk merentasi Laut Aegean dari Turki menuju ke Pulau Kos pada Rabu lalu.

Gambar Meruntun Hati Anak Syurga Ini VIRAL Di Seluruh Dunia

"Laut bergelora dan ombak sangat tinggi ketika itu hingga menyebabkan bot yang membawa 23 pelarian Syria termasuk kami sekeluarga terbalik. Ia berlaku terlalu pantas dan saya hanya dapat memeluk mayat mereka," katanya dalam nada sedih.

Imej menyayat hati memaparkan mayat Aylan Kurdi terdampar di tepi pantai Turki turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa yang mula bimbang dengan nasib kumpulan pelarian dari zon konflik di Afrika dan Timur Tengah.

via
http://www.sinarharian.com.my/global/bapa-aylan-tolak-tawaran-kerakyatan-kanada-1.427584

0 comment... add one now