3 Penjenayah Ditahan, Cuba BUNUH Anggota Polis

3 Penjenayah Ditahan, Cuba BUNUH Anggota Polis : Polis berjaya menahan sekumpulan penjenayah yang cuba membunuh anggota polis semasa bertugas termasuk seorang Lans Koperal dalam kejadian di tepi Jalan Lebuh Nipah, Sungai Nibong di sini, 24 Oktober lalu.

3 Didakwa Cuba BUNUH Anggota Polis

Tiga lelaki Melayu berusia 25 hingga 40 tahun diberkas sepasukan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan kira-kira 1.45 pagi pagi tadi.

Penahanan suspek dilakukan selepas salah seorang daripada mereka bertindak merempuh mangsa yang bertugas sebagai anggota polis peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Daerah Timur Laut (IPDTL), Md. Khairuddin Ab Razak, 32.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan luka di dahi dan belakang kepala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, salah seorang daripada tiga suspek terbabit diburu sejak lima hari lalu berikutan cubaan merempuh anggota terbabit ketika diarah berhenti untuk pemeriksaan.

Menurutnya, bertindak atas maklumat dan risikan, sekumpulan pegawai dan anggota D9 IPDTL telah menuju ke pusat beli-belah KB MALL, Kota Bharu, Kelantan dan menemui kenderaan yang dinaiki suspek jenis Proton Wira Aeroback berwarna merah.

"Sebaik anggota memperkenalkan diri, tiba-tiba suspek yang diburu telah bertindak agresif dengan melarikan diri dengan melanggar kereta polis jenis Proton Waja dan Pajero sehingga mengalami kerosakkan.

"Dia (suspek) akhirnya ditahan sebaik kita memintas kereta terbabit sekali gus menahannya bersama dua lagi rakan lelakinya di dalam kenderaan itu.

"Dua rakan suspek itu juga adalah penjenayah dikehendaki tangkap bersangkut kes dadah dan seorang suspek dikehendaki kes curi kenderaan," lapor Kosmo!.

Mior memberitahu, hasil pemeriksaan, kereta yang dinaiki suspek terbabit didapati dilaporkan hilang pada 17 September lalu di tempat meletak kenderaan di KOMTAR WALK.

Ketiga-tiga suspek yang tidak bekerja itu juga ditahan atas kesalahan cuba membunuh anggota polis mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan

via
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_27.htm

0 comment... add one now