Filipina Sahkan Tiada Bangkai Pesawat Malaysia Di Selatan Negara Itu : Berikutan laporan polis oleh seorang lelaki yang mendakwa ibu saudaranya di Filipina terjumpa bangkai pesawat milik Malaysia di selatan negara itu, pihak berkuasa Filipina akhirnya telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di selatan negara itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pengesahan itu sekali gus menolak dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 ditemui di negara itu.
“Tak betul... Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.
Pada Sabtu lalu, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan di Balai Polis Sandakan yang mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.
Artikel: Serpihan Pesawat MH370 & Tulang Manusia Di Temui Di Selatan Filipina
Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemukan banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Pencarian pesawat itu bertumpu di selatan Lautan Hindi yang mana penerbangan itu dipercayai berakhir sejak lebih setahun lepas.- BERNAMA
via
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/tiada-bangkai-pesawat-mh370-di-selatan-filipina-kpn-1.145687
Filipina Sahkan Tiada Bangkai Pesawat Malaysia Di Selatan Negara Itu
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →