Gara-Gara Potong Belon Guna Pemetik Api, 3 Cedera

Gara-Gara Potong Belon Guna Pemetik Api, 3 Cedera : Dua kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki melecur teruk selepas puluhan belon berisi gas meletup di tapak Karnival Pekan Budaya Daerah Kemaman di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, Sabtu lalu.

Gara-Gara Potong Belon Guna Pemetik Api, 3 Cedera

Difahamkan dalam kejadian yang berlaku sekitar jam  12.20 tengah hari itu, belon yang meletup adalah belon yang telah digunakan untuk gimik perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kemaman yang berlangsung di tapak sama pada sebelah paginya.

Selepas tamat program sukan itu, kesemua belon itu kemudiannya mahu diagihkan kepada kanak-kanak, sebelum ia meletup menyebabkan dua murid, Nur Dhiya Safiah Muhammad Ridwan, 10, dan rakannya, Nurul Atiqah Ibrahim, 10, melecur di bahagian muka dan kedua-dua tangan.

Petugas lelaki yang mengagihkan belon itu yang berusia 47 tahun pula melecur di tangan dan telinga kiri, selain dua lagi pengunjung mengalami kecederaan ringan.

Saksi kejadian, Muhammad Firdaus Ruslan, 25, berkata, bunyi kuat seperti alat pembesar suara atau ‘speaker’ pecah kedengaran ketika kesemua belon berisi gas helium itu meletup satu persatu.

“Terkejut dengar letupan itu, saya berlari ke arah kawasan yang berasap dan tengok beberapa mangsa sedang menggelupur sakit.

“Lengan baju salah seorang budak perempuan juga hancur. Tapi pasukan perubatan yang ada di tapak program sangat cepat beri rawatan kepada semua mangsa,” katanya.

Ketika kejadian berlaku, kawasan itu dikerumuni ramai kanak-kanak yang mahu mendapatkan belon berkenaan secara percuma

Menurut Muhammad Firdaus, ketika mangsa lelaki yang juga bekerja sebagai pemandu sedang dirawat, dia sempat bertanya bagaimana belon-belon itu boleh meletup.

“Mangsa beritahu saya, ketika dia nak longgarkan ikatan tali pada belon, ada seorang kanak-kanak menyalakan pemetik api ke arah belon hingga letupan dahsyat itu terjadi,” katanya

Bagaimanapun, daripada kesemua lima mangsa yang terlibat, hanya Nur Dhiya dan Nurul Atiqah sahaja yang alami kecederaan serius

Mereka berdua yang pada awalnya dirawat di Hospital Kemaman namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. Adun Chukai, Hanafiah Mat turut meluangkan masa menziarah dan menyampaikan sumbangan kepada kedua-duanya di HSNZ.

via
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/tiga-melecur-teruk-belon-gas-meletup-1.440067

0 comment... add one now