Mayat Mangsa Lemas Hampir Pasti Milik Sasa, 1 Lagi Rangka Di Jumpai

Mayat Mangsa Lemas Di Percayai Milik Sasa,ok: Hasil siasatan awal polis mendapati mayat kanak-kanak perempuan yang ditemukan dalam keadaan reput di tepi Sungai Perias kira-kira 500 meter dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi semalam, adalah Sasa Sobrie, 8.

Mayat Mangsa Lemas Di Percayai Milik Sasa

Sasa adalah salah seorang daripada tujuh murid Orang Asli yang dilaporkan hilang dari sekolah tersebut lebih 45 hari lalu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Saiful Bahri Abdullah berkata, keputusan siasatan itu adalah berdasarkan hasil bedah siasat dan pengecaman yang dilakukan ahli keluarga mangsa.

“Bagaimanapun ini bukan keputusan muktamad kerana perlu melalui ujian ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi pengesahan lanjut, Buat masa ini, kepastian hampir 80 peratus, mayat itu adalah seorang daripada tujuh murid yang hilang,“ katanya di Hospital Gua Musang pagi tadi.

Mayat Mangsa Lemas Di Percayai Milik Sasa

Ibu bapa tujuh murid Orang Asli yang hilang itu tiba hospital tersebut sejak pukul 11 pagi ini untuk membuat pengecaman.

Gelang Dan Subang Petunjuk Anak

Mayat Mangsa Lemas Hampir Pasti Milik Sasa, 1 Lagi Rangka Di Jumpai

Sementara itu, gelang getah dan subang yang belum tertanggal dari telinga mayat budak perempuan yang ditemui reput di Sungai Perias, Pos Tohoi semalam menyakinkan seorang bapa bahawa mayat itu adalah anaknya.

Menurut Sobrie Latip, 25, beliau mengecam mayat anaknya, Sasa, 8, yang hilang bersama enam lagi murid Sekolah Kebangsaan Tohoi sejak 23 Ogos lepas, dalam proses pengecaman mayat budak perempuan yang ditemui malam semalam, di bilik mayat Hospital Gua Musang (HGM) hari ini.

Sobrie mengakui sejak kehilangan Sasa bersama enam lagi rakannya, beliau terlalu rindukan anak kesayangannya itu.

"Saya tidak sangka keadaan ini yang berlaku dan saya mengecam mayat itu adalah Sasa apabila terdapat gelang getah pada tangannya untuk dia guna ikat rambut, dan subang yang masih ada di teliga.

"Bagaimanapun, anggota lain sukar dicam kerana telah reput termasuk rambut juga telah gugur dipercayai terlalu lama dalam air," katanya kepada pemberita di HGM di sini, hari ini.

Sobrie yang kelihatan begitu sedih berkata, beliau juga telah berusaha bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan anaknya sebelum ini,  namun gagal.

"Tetapi hari ini hanya dapat melihat mayat anak perempuan saya dan nasib enam lagi rakannya belum dapat diketahui," katanya.

1 Rangka Di Temui Di Tebing Sungai

Satu rangka dipercayai kanak-kanak ditemui di tebing Sungai Perias dekat Pos Tohoi, petang tadi.

Rangka tersebut ditemui petugas operasi mencari dan menyelamat (SAR) 800 meter dari lokasi penemuan mayat kanak-kanak perempuan, 7 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan penemuan itu namun tidak mengulas lanjut.

1 Lagi Rangka Di Jumpai

Rangka berkenaan akan dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) dan dijangka tiba 8.30 malam.

Semalam, mayat kanak-kanak perempuan lingkungan usia 7 hingga 9 tahun ditemui dalam sungai dan tersangkut pada ranting kayu, kira-kira 500 meter dari pusat operasi SAR di Pos Tohoi.

Mayat itu disahkan sebagai Sasa Sobrie, 8, oleh bapanya Sobrie Latif, 25, ketika proses pengecaman di HGM tengah hari tadi.

Sasa adalah seorang daripada tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu.


via
-http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mayat-kanak-kanak-yang-ditemui-dekat-sk-tohoi-dipercayai-sasa-1.144164
-http://www.sinarharian.com.my/semasa/gelang-subang-jadi-petunjuk-mayat-sasa-1.438278
-http://www.hmetro.com.my/node/83536

0 comment... add one now