K Saravanan, 26, dan Ahamad Mohd. Latif, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa dengan sengaja mencederakan mangsa, D Megala, 24, menggunakan parang dengan niat atau pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Artikel : Punca Sebenar Wanita Di Tetak Suami Di Port Dickson Terjawab
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz memohon bantahan terhadap sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh kerana mangsa di dalam kes ini adalah isterinya dan ada kemungkinan untuk tertuduh menghampiri mangsa dan mereka yang terlibat dalam kes ini.
Selain itu, Syamimi Farhana berkata kes ini juga melibatkan kepentingan awam kerana kes tersebut sudah tersebar luas di media sosial.
Kamarudin kemudiannya tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 13 November hadapan untuk sebutan semula kes dan pembentangan laporan perubatan mangsa. Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
30 minit slps menetak seorang wanita di Port Dickson...2 suspek akhirnya berjaya diberkas pihak polis di plaza tol Mambau..
Posted by Video Viral on Monday, 5 October 2015
via
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/didakwa-cederakan-isteri-guna-parang-1.143791