Norieen Cerita Detik Sedih Lihat Rakan & Adik Di Telan Sungai

Norieen Cerita Detik Sedih Lihat Rakan & Adik Di Telan Sungai : Norieen Yaakob, 10, salah seorang daripada dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi (SK Tohoi) yang ditemui masih hidup selepas 47 hari hilang di hutan Pos Tohoi menceritakan pengalaman menyayat hati menyaksikan lima rakan termasuk adiknya mati seorang demi seorang.

Norieen Cerita Detik Sedih Lihat Rakan & Adik Di Telan Sungai

Mencerita perkara itu kepada bapa saudaranya, Herry Boy Angah, 20, kelmarin, Norieen berkata, dia melihat empat rakannya ditelan arus deras pada hari sama selain tidur bersama mayat rakan baiknya selama beberapa hari.

Artikel: Murid Orang Asli, Mirsudiar & Norieen Di Bantu Oleh TENROG?

Menurut Norieen, selepas menghilangkan diri, mereka bersembunyi di sekitar Sungai Perias yang terletak tidak jauh dari SK Tohoi.

“Kata Norieen, selepas kira-kira dua minggu, mereka tidak mampu bertahan lagi kerana kelaparan dan suhu sejuk melampau.

Norieen Cerita Detik Sedih Lihat Rakan & Adik Di Telan Sungai
Norieen sedang melukis dan mewarna

“Norieen bertambah sedih apabila dia menyaksikan sendiri adiknya, Haikal diha­nyutkan arus deras Sungai Perias.

“Ketika itu, Haikal ke sungai untuk minum tetapi dia tergelincir dan dibawa arus sungai. Haikal merupakan mangsa pertama yang meninggal dunia,” kata Herry

via
kosmo

0 comment... add one now