Pekebun (Tonto) Di Dakwa Cuba Bunuh Pegawai Kastam

Seorang pekebun dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan cuba membunuh tiga anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan cara melanggar belakang kereta pasukan itu sehingga terbabas di Jalan Padang Besar, dua minggu lalu.

Pekebun (Tonto) Di Dakwa Cuba Bunuh Pegawai Kastam

Shakirudin Salim, 36, yang sudah ber­kahwin dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 11 tahun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa dilakukannya di Kilometer 24, Jalan Titi Tinggi, Jalan Padang Besar pada pukul 4.25 pagi, 9 Oktober lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa cuba membunuh Abdullah Ayob, 36, Mohd. Safawi Rusdi, 27, dan Mat Zoher Mohd. Saad, 47 dengan cara melanggar belakang kereta pasukan JKDM jenis Honda Ody­ssey bernombor pendaftaran KDG 1842 sehingga terbabas dengan niat hendak menyebabkan kematian.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd. Latif mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pekebun (Tonto) Di Dakwa Cuba Bunuh Pegawai Kastam

Majistret Nor­hayati Ibrahim mem­­benarkan Shakirudin diikat jamin RM10,000 berserta dua penjamin dan menetapkan 1 Di­sember ini untuk sebutan semula bagi memboleh­kan tertuduh melantik peguam.

Sementara itu, seorang lagi yang direman bersama Shakirudin, Johannes Amar Kha­zali, 24, dibebaskan dengan bon mahkamah.

Memetik laporan akhbar, tiga anggota JKDM negeri nyaris maut setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta tonto penyeludup rokok dan arak di Jalan Padang Besar menghala ke Kangar.

Dalam kejadian berdekatan Sungai Chuchuh itu, MPV jenis Honda Odyssey pasukan ber­kenaan dirempuh sebanyak tiga kali oleh kereta tonto jenis Proton Perdana berwarna hitam.

Pekebun (Tonto) Di Dakwa Cuba Bunuh Pegawai Kastam

via
Utusan Online

0 comment... add one now