Punca Dan Jawapan Balas Lelaki Belasah Bangla

Punca Dan Jawapan Balas Lelaki Belasah Bangla : Kisah lelaki pukul Bangla carwash memang menjadi sangat viral dimedia sosial. Kenapa? Kerana dia seorang yang kaya , kerana sikap/kelakuan buruknya atau kerana dia lelaki melayu beragama Islam? Apapun, dibawah merupakan jawapan balas dari lelaki itu kepada seseorang yang mungkin adalah rakannya.

Punca Dan Jawapan Balas Lelaki Belasah Bangla

Lelaki tersebut yang juga merupakan CEO sebuah syarikat akhirnya memberi jawapan balas. Ya...dia mempunyai hak untuk memberi kenyataan balas. Namun begitu, pandangan orang ramai kepadanya dilihat tetap tidak berubah.
"Sorry, tapi apa yang dia tulis bukan jawapan sebenar dan bos dia pun tak de disitu. Saya call pun tak jawab mungkin staff dia dah bagitahu kot sebab saya call"

"Bangla tu memang kurang ajar, saya dah tegur elok-elok tapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur dia pergi kesebelah pemandu dengan menggunakan kain kotor dia terus lap bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati. Bila ditegur lagi dia menjawab. Kalau you kat tempat saya sedikit sebanyak pun akan tercabar juga. Saya call boss dia masa tu tak jawab dan lepas tu dia fitnah kata saya marah sebab Bangla tu kotor duduk dalam kereta saya. Itu tak betul sama sekali. Hanya tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah tu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu kena kutuk dengan masyarakat"

"Orang kaya macamana sekalipun mesti ada hati perut malah kereta orang lain jauh lebih mahal"

Okey, itu adalah jawapan CEO tersebut kepada tuduhan pemilik Carwash. Rasanya pemilik carwash dah buat laporan polis. Kita tunggu dan lihat saja pihak berkuasa buat siasatan.

Lelaki Belasah Bangla Car Wash Rupanya Bawak Kereta Company?

Namun, kami juga berasa terkejut apabila ada netizen mendakwa mengenali lelaki ini dan mendedahkan kelakuan/layanan buruk dia terhadap isterinya sendiri. Huh...??

Sejauh mana benar dakwaan tersebut admin tak pasti. Harap2 bukan dia la kan...

0 comment... add one now