Keluar Pusat Pengasih, Zamani Buat Laporan Polis

Keluar Pusat Pengasih, Zamani Buat Laporan Polis : Polis Muar mengesahkan penyanyi terkenal Zamani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar awal pagi semalam berhubung laporan kehilangannya dari Pusat Pengasih di Kuala Lumpur.
   
Keluar Pusat Pengasih, Zamani Buat Laporan Polis

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika mengesahkan perkara itu berkata bekas penyanyi utama kumpulan Slam itu telah membuat laporan polis di IPD berkenaan kira-kira pada pukul 3.45 pagi semalam.
   
"Zamani sendiri telah datang membuat laporan polis di IPD Muar pada jam 3.45 pagi semalam," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
   
Difahamkan Zamani telah menafikan beliau melarikan diri atau diculik dari pusat berkenaan sebaliknya bertindak keluar atas kerelaannya sendiri.
   
Pengurus ~ Pulangkan Semua HARTA Zamani

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Zamani telah melarikan diri dari Pusat Pengasih di Jalan Syers Off Lebuhraya Mahameru, Kuala Lumpur pada jam 10.26 malam Khamis lalu dengan menaiki kereta berwarna putih.
   
Tindakannya itu telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) pusat berkenaan dan pengurusan pusat itu membuat laporan polis kerana bimbang Zamani diculik. - Bernama

via
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/zamani-buat-laporan-polis-berhubung-kehilangannya-1.441399

0 comment... add one now