Video Polis Belasah Pelajar Perempuan Jadi Viral

Video Polis Belasah Pelajar Perempuan Jadi Viral | Rakaman video seorang anggota polis Amerika Syarikat bertindak kasar terhadap seorang pelajar perempuan berkulit hitam di sebuah sekolah tinggi di sana, termasuk mengepit kepala dan menarik pelajar itu hingga jatuh dari kerusi sebelum mengheretnya keluar kini menjadi viral di media sosial.

Video Polis Belasah Pelajar Perempuan Jadi Viral

Ia menambah imej buruk polis Amerika Syarikat yang dikecam kerana bertindak kasar serta keganasan terhadap penduduk kulit hitam.

Kejadian terbaru itu berlaku Sekolah Tinggi Spring Valley di Columbia, Carolina Selatan, hari ini dan menurut stesen televisyen tempatan, WIS, ia mendapat dua rakaman video kejadian itu.

Rakaman video dengan hashtag #AssaultAtSpringValleyHigh kini merebak pantas di Twitter.

Dalam video itu yang dirakam pelajar lain dalam kelas berkenaan, anggota polis berkenaan memasuki kelas dan bercakap sebentar dengan mangsa yang duduk di mejanya sebelum mencekak leher, menariknya hingga jatuh dari kerusi sebelum mengheretnya keluar sambil dilihat pelajar lain yang terdiam kerana terkejut dan takut.

Pelajar perempuan itu dilihat tidak memberi sebarang tentangan dan dia sememangnya tidak berpeluang untuk menentang.

Video Polis Belasah Pelajar Perempuan Jadi Viral

Jurucakap Jabatan Syeriff Daerah Richland, Curtis Wilson, berkata pelajar itu sudah beberapa kali diarahkan meninggalkan kelas tanpa menyatakan sebabnya tetapi dia enggan.

Media Amerika menyatakan anggota polis itu ialah Ben Fields, seorang daripada dua anggota yang ditugaskan ke sekolah berkenaan. Fields sudah diberi tugas pentadbiran ketika siasatan kejadian itu.

Menurut NBC, Fields pernah dinamakan sebagai defendan dalam kes saman pada 2013 yang mendakwa dia bertindak tidak adil mensasarkan pelajar Afrika-Amerika dengan menuduh mereka anggota kumpulan samseng.

Polis Belasah Pelajar Dalam Kelas
Pegawai polis belasah pelajar perempuan di US...artikelhttp://v-viralvideo.blogspot.my/2015/10/video-polis-belasah-pelajar-perempuan.html
Posted by Video Viral on Tuesday, 27 October 2015


via
http://www.hmetro.com.my/node/88659#sthash.peoX61Hm.dpuf

0 comment... add one now