41 Hari Terperangkap Dalam Lombong, 5 Di Temui Masih Hidup | Lima pelombong yang dipercayai maut selepas terperangkap di sebuah lombong emas yang runtuh lebih sebulan lalu ditemui masih hidup.
Semua pelombong berkenaan diselamatkan pada Ahad lalu oleh pasukan penyelamat selepas 41 hari berada di dalam tanah sedalam lebih 100 meter.
Pelombong berkenaan kumpulan 20 pekerja yang berada di lombong emas itu yang runtuh pada 5 Oktober lalu.
Dalam kejadian berkenaan 14 pelombong berjaya keluar, tetapi enam lagi terperangkap dan disahkan mati selepas usaha menyelamatkan mereka gagal.
Bagaimanapun, mereka ditemui masih hidup selepas pekerja di lombong itu mendengar suara mangsa meminta tolong pada Sabtu lalu.
"Para pelombong sangat lemah," kata jurucakap Menteri Tenaga dan Galian, Badra Masoud sambil menambah mereka telah terperangkap kira-kira 100 meter (300 kaki) di bawah tanah.
Mangsa dilaporkan meneruskan hidup dalam kegelapan selama lebih sebulan dibawah tanah, berlindung di ruang di tempat simpanan peralatan mereka, memakan serangga, menghirup bau busuk dan meminum air lumpur untuk terus hidup.
"Kami terselamat dengan makan lipas, katak dan serangga lain dan juga meminum air kotor yang meresap masuk dari atas."
Pelombong tempatan menggali emas di rantau Shinyanga barat laut, kira-kira 900 kilometer barat ibu negeri Dar es Salaam.
Bagaimanapun, perlombongan disana terkenal dengan tahap keselamatan yang rendah dan menjadi antara kawasan perlombongan paling bahaya didunia.
via
hmetro.com.my
the telegraph
41 Hari Terperangkap Dalam Lombong, 5 Di Temui Masih Hidup
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →