Cerita dia dua. minggu lepas pompuan ni mai nak buat ic hilang, Masa dia mai kat aku pun muka dah ketat.aku tanya hilang camna, tercicir ka orang curi...dia bagi report kat aku,
Aku baca report dia. kes dia dia letak purse dia dalam raga moto...pastu aku kata la ni kes kecuaian. Kali pertama hilang bayaran 110...dia kata pasai pa pulak...dia pi buat report tadi polis tu kata kali pertama x yah bayaq...pastu nak boh purse tang mana lagi dia kata..
Aku kata, la polis x tau prosedur JPN..dia kata aku nak makan duit dia pulak dah...pastu dia kata kerajaan memang suka makan duit rakyat...pastu aku refer kat penyelia aku, tunjuk report ...penyelia aku kata bagi free p lah...
Pastu aku nasihat la dia kata lain kali jangan la boh benda penting dalam raga moto..pastu dia x puas hati dia kata apa cakap camtu...viral sat g kot..Aku pun terus dia ja la sambil buat ic dia...dia ada ambik gambaq 2 minggu lepas tapi x viral lagi..
Harini dia mai sekali lagi nak buat daftar lahir untuk anak menakan dia...kaunter sebelah aku yang buat...pastu semua dokumen x potostat...pastu staff sebelah aku suruh pi potostat dulu baru boleh proses...dia terus bebai...
Dia kata pulak kat klinik misi x suruh potostat pun..pastu staff sebelah aku tunjuk kat borang kelahiran tu ada tulis benda yang kena potostat...pastu dia sound kata misi klinik x reti buat keja. org kerajaan semua x reti buat keja..pastu dia pi potostat dia mai balik kaunter sepuluh panggil nomber dia...
Saja2 nak bebai kat orang mana boleh...Pastu dia habaq kata nak amik gambaq aku nak viral...aku kata amik la..tu yang sempat aku posing tu...pastu dia kata tunggu la nanti tengok fb.
Bos aku suruh cerita kes ni kat dia awai tadi lagi...sebab pengarah call tanya dia. Dia kata memang tadi dia dok bediri kat belakang aku...dia pun ada dengar pompuan ni dok bebai2 tinggi sora x puas hati...
Dalam pada itu, netizen terus memberi pelbagai komen kepada post wanita tersebut, Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Antara komen...
Lebih menarik apabila ada netizen berkongsi tip bila terjadi masaalah sebegini di kaunter kerajaan. Menurut Nasir Awang yang menulis, "Buat laporan bertulis kepada BPA nyatakan kejadian, masa, tempat dan tarikh. Ini alamatnya:"
BIRO PENGADUAN AWAM,
JABATAN PERDANA MENTERI,
ARAS 6, BLOK B1, KOMPLEKS JPM,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62502 PUTRAJAYA.
Tel: 03 8000 8000
Faks: 03 8888 7777 / 8888 3748
s.k surat anda kepada Pengarah JPN dan Menteri Dalam Negeri.
Artikel berkait: "Pi La Balai Polis, Nak Dengar Sangat Cakap Polis" - Kakitangan JPN Sg Petani
via
Fiezaa Matt Din