Pi La Balai Polis, Nak Dengar Sangat Cakap Polis - Kakitangan JPN Sg Petani: Kisah seorang wanita yang menerima layanan kasar kakitangan JPN Sg Petani ketika mahu melaporkan kes kehilangan kad pengenalan yang di ragut menjadi hangat!!!
"2 minggu lepas aku pi JPN nak buat ic sebab kena ragut.. Aku dapat kaunter 7 nama dia REZUAN dia kata aku cuai menyebabkan kena ragut dan aku kena bayar denda.. aku tanya balik kat dia apa kecuaian aku? Awat aku saja2 pi tadah bagi kena ragut ka, lepas tu aku cakap, polis kata tak kena denda, ni kali pertama ic aku hilang tu pun sebab kena ragut.. (aku bagi tau sekadar info yang aku tahu) dia jawap balik kat aku macam ni
" KALAU HANG DAH KATA MACAM TU HANG MAI SINI BUAT APA. HANG PI JA LA BUAT IC KAT BALAI POLIS TU DAH NAK DENGAR CAKAP POLIS SANGAT "
Alamak!! kau dah buat aku bengang, dengan kasar aku tanya balik
"BOLEH KA BUAT IC KAT BALAI POLIS???? BOLEH KA!!! PANDAI PULA DIA CAKAP TAK BOLEH, JADI HANG DAH TAU TAK BOLEH HANG SURUH TU BUAT APA"????
Aku sabar, aku diam lagi tapi hari ni sekali lagi REZUAN tu tunjuk belang dan perempuan kaunter 8 tu pula bercakap kancing2 gigi lagi uishh dahsyat hampa, hampa saja buat aku ungkit balik cerita, hang ingat aku ni jenis tunduk ja kalau hang biadap??? Jenis angguk2 ja biar hang perlekeh aku depan public???
Kalau aku viral hang kata aku ambil jalan mudah, tapi pengajaran hang kena ambil jangan malukan orang, jangan perlekeh orang depan public sebab orang lain pun akan malu sama macam hang malu sekarang bila dah kena viral.
Tak payah bangga dan perasan hebat bila hang kat kerusi kerajaan sebab esok hang mati bukan depa tanam kat situ pun depa tanam hang sama tempat juga dengan orang kutip botol tepi jalan tak ada beza ok. Kami pi bukan minta pertolongan hang tapi minta perkhimatan hang sebab hang pekerja, cukup bulan ambil gaji bukan free.
Hormat orang kalau nak orang hormat hang.
Org berbudi aku berbahasa tapi kalau cara hang pun biadap macam mana aku nak hormat. kaunter 10 ok ja boleh pulak dia berbudi sampai selesai urusan aku.
AKU MINTA IZIN LAGI NAK VIRALKAN TANGKAP GAMBAR DEPAN2 BUKAN SOROK2
via
Fiezaa Matt Din
"Pi La Balai Polis, Nak Dengar Sangat Cakap Polis" - Kakitangan JPN Sg Petani
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →