Polis Ambil Keterangan 10 Pengguna FB & Whatapps Kes Kerani Di Bunuh

Polis Ambil Keterangan 10 Pengguna FB & Whatapps Kes Kerani Di Bunuh: Polis mengambil keterangan hampir 10 pengguna laman sosial Facebook bagi mengesan dalang sebenar penyebaran berita dan gambar bersabit kes pembunuhan seorang kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih Sungai Terap, Bukit Pasir Isnin lalu.

Polis Ambil Keterangan 10 Pengguna FB & Whatapps Kes Kerani Di Bunuh

Menurut Ketua Polis Daerah, Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kesemua yang dipanggil sejak Selasa adalah pengguna laman sosial yang dikatakan berkongsi maklumat awal kes berkenaan sehingga ia menjadi viral.

"Polis memandang serius perkara ini dan dijangka akan memanggil beberapa lagi pengguna Facebook dan juga WhatsApp untuk diambil keterangan.

"Tindakan ini diambil selepas pengguna laman sosial ini tidak mengendahkan peringatan dan amaran daripada pihak berkuasa agar bertanggungjawab terhadap perkara-perkara sebegini. Berikutan itu, kami terpaksa mengambil tindakan tegas dan saya menasihatkan orang yang memulakan hebahan itu supaya tampil kerana kami yakin dapat mengesannya tidak lama lagi," katanya.

Azman berkata, siasatan memanggil pengguna laman sosial itu dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi dan menasihatkan dalang sebenar supaya tampil atau berdepan tindakan lebih tegas.

Katanya, tindakan itu diambil bagi mengelak ia mengganggu siasatan selain menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Beliau berkata ketika ini pihaknya masih belum membuat sebarang tangkapan lain namun telah menemui petunjuk baharu berhubung kes itu.

Menurutnya suami mangsa telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan petang semalam.

Sementara itu, seorang keluarga mangsa yang ditemui berkata suami mangsa Muhammad Faris Jaafar, 30, kini dikatakan lebih banyak termenung dan mendiamkan diri dipercayai mengenangkan arwah isterinya itu.

"Sejak kejadian ini berlaku, kami dapati Muhammad Faris lebih banyak mendiamkan diri dan ada masanya termenung memikirkan sesuatu. Alhamdulillah kesihatannya masih baik dan kami faham dia bersedih, namun kami berharap dia dapat menguatkan semangatnya secepat mungkin.

Menurutnya, Muhammad Faris bukan saja bersedih apabila mengenangkan nasib isterinya itu, malah kecewa apabila kes berkenaan dan gambar keluarganya mula viral di laman sosial dan WhatsApp sedangkan ketika kes masih belum disahkan polis.

Ibu saudara mangsa, Anita Abdul Aziz, 42, berkata anggota keluarga mangsa bukan saja sedih apabila kehilangan insan tersayang, malah hati terluka apabila membaca komen yang bukan-bukan di dalam laman sosial Facebook.

Katanya pengguna laman sosial perlu lebih bertanggungjawab dan memikirkan kesannya kepada keluarga mangsa kerana ada fakta yang ditulis di laman sosial itu bertentangan dengan fakta sebenar. - Bernama

via
http://www.sinarharian.com.my/semasa/bunuh-kerani-10-pengguna-fb-beri-keterangan-1.453507

0 comment... add one now