Hina Yang Dipertuan Agong, Suri Rumah Dipenjara 8 Bulan

Hina Yang Dipertuan Agong, Suri Rumah Dipenjara 8 Bulan,ok!: Seorang suri rumah dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen, Kota Baharu di atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, April tahun lalu.

Hina Yang Dipertuan Agong, Suri Rumah Dipenjara 8 Bulan

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Shamsiah Samsuddin, 44, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, suri rumah itu didakwa melalui Facebook Tengku Cik Puan Muda Shamsiah, menghantar komunikasi palsu dengan niat menyakitkan hati orang lain, pada jam 5.31 petang 25 April 2017.

Kenyataan itu didakwa dibaca pada 26 April 2017 di Pejabat Sentosa Jaya, Jalan Padang Bongor, Pengkalan Chepa, jam 2.11 petang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan denda RM1,000 bagi kesalahan berulang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hina Yang Dipertuan Agong, Suri Rumah Dipenjara 8 Bulan

Terdahulu, tertuduh memohon mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan anaknya masih bersekolah.

Bagaimanapun, Hajarul Falenna meminta hukuman setimpal dikenakan memandangkan orang dinyatakan dalam Facebook terbabit adalah Yang di-Pertuan Agong.

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my

0 comment... add one now