KPN Sahkan Pekeliling Kehadiran Pengebom Berani Mati Di Malaysia BENAR, 10 Di KL, 8 Di Sabah

KPN Sahkan Pekeliling Kehadiran Pengebom Berani Mati Di Malaysia BENAR, 10 Di KL, 8 Di Sabah:Surat pekeliling dalaman polis yang melaporkan mengenai kehadiran pengebom berani mati di Sabah dan Kuala Lumpur sedang beredar di media sosial.

KPN Sahkan Pekelliling Kehadiran Pengebom Berani Mati Di Malaysia BENAR

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kesahihan surat pekeliling itu tetapi kesal dengan kebocoran maklumat yang sensitif itu.

Bagaimanapun, katanya, polis sedang memantau semua pontensi ancaman dan tindakan sedang diambil untuk menggagalkan atau meneutralkan mereka.

Khalid menegaskan bahawa polis tidak akan bertolak ansur dalam menangani unsur-unsur keganasan.

"Kita tidak akan benarkan perkara seperti itu berlaku," katanya kepada Malaysiakini.

Pekeliling bertarikh 16 November dari Ibu Pejabat Polis Sabah berdasarkan maklumat yang diperoleh berhubung satu "mesyuarat dan perancangan" antara kumpulan Abu Sayyaf (ASG), militan Negara Islam (IS) dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Ia menyatakan mesyuarat itu diadakan pada 15 November lalu di Sulu, dan dihadiri oleh 14 pemimpin daripada tiga kumpulan tersebut dan 50 anggota Abu Sayyaf yang bersenjatakan senapang M16, pistol dan bom.

Pekeliling itu mendedahkan beberapa resolusi yang dibuat pada mesyuarat berkenaan, termasuk merekrut ahli baru serta menghantar elemen ASG dan IS ke Sabah dan Kuala Lumpur.

Selain itu, ia juga telah dinyatakan bahawa pada masa ini, ASG dan IS mempunyai lapan pengebom berani mati di Sabah dan sepuluh orang di Kuala Lumpur.

"Kumpulan pengebom berani mati ini telah menjalani latihan ketenteraan di Syria, Afghanistan dan Iraq, serta sedia menerima arahan daripada ketua mereka untuk melancarkan serangan / pengeboman."

Pekeliling meminta anggota polis supaya meningkatkan rondaan dan risikan manakala pos-pos dan unit hadapan diminta sentiasa dalam keadaan siap siaga dan saling berkomunikasi.

Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan bahawa IS mengancam menjadikan dirinya dan beberapa menteri kabinet sebagai sasaran kerana memperjuangkan kesederhanaan di rantau ini.

Beliau berkata unit perisikan memerangi keganasan memberi amaran berkenaan kepadanya beberapa bulan lalu bahawa dirinya mungkin sasaran kumpulan pelampau yang sama mengakui bertanggungjawab dalam serangan pengganas di Paris, baru-baru ini

Hishammuddin berkata Malaysia boleh menjadi sasaran IS kerana pendiriannya menentang keganasan.

Sementara itu, agensi berita dpa melaporkan pasukan tentera mula dikerahkan di Kuala Lumpur hari ini menjelang sidang kemuncak Asean yang dijadualkan dihadiri oleh pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Presiden China, Xi Jinping.

Pasukan tentera dalam seragam lengkap dengan senjata dilihat meronda berhampiran dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di mana sidang dua hari itu akan bermula pada Sabtu ini.

Seramai 4,500 anggota tentera akan digunakan untuk memastikan keselamatan peringkat tinggi, kata Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkefli Mohamad Zin.

"Kira-kira 2,000 anggota akan dikerahkan di bandaraya ini manakala yang lain akan bersiap sedia di kawasan strategik di kawasan sekitarnya," katanya.

via
https://www.malaysiakini.com/news/320242

0 comment... add one now