Bayi 3 Bulan Didukung Ibu Saudara Maut Tercampak Dilanggar Lori 3 Tan

Bayi 3 Bulan Didukung Ibu Saudara Maut Tercampak Dilanggar Lori 3 Tan: Seorang bayi lelaki berusia setahun tiga bulan maut tercampak ketika didukung ibu saudaranya yang cuba melintas jalan selepas mereka dilanggar lori tiga tan dalam kejadian di Jalan Bakar Batu Permas berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang, 10 pagi tadi.

Bayi 3 Bulan Didukung Ibu Suadara Maut Tercampak Dilanggar Lori 3 Tan

Mohammad Qayyum Mohd Saffari meninggal dunia di tempat kejadian setelah tercampak di pembahagi jalan, manakala ibu saudaranya yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam, Suhaila Shaharudin, 41, parah.

Bayi 3 Bulan Didukung Ibu Suadara Maut Tercampak Dilanggar Lori 3 Tan

Mayat Mohammad Qayyum dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala Suhaila dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital yang sama.

Bayi 3 Bulan Didukung Ibu Suadara Maut Tercampak Dilanggar Lori 3 Tan

Menurut saudara mangsa yang enggan dikenali, mangsa yang maut adalah anak bongsu daripada empat beradik.

via
http://www.hmetro.com.my/node/94252#sthash.mcvapV9Y.dpuf

0 comment... add one now