Sindiket Dagang Manusia Thailand Didakwa, Yang Di Malaysia Bila Pula?

Sindiket Dagang Manusia Thailand Didakwa, Yang Di Malaysia Bila Pula? | Selepas negara Thailand membuat pendakwaan secara besar-besaran ke atas 88 dalang sindiket pemerdagangan manusia kelmarin, pelbagai pihak mendesak Malaysia turut mengambil tindakan garang dalam memerangi kumpulan penyeludupan manusia di negara ini.

Sindiket Dagang Manusia Thailand Didakwa, Yang Di Malaysia Bila Pula?

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin semalam dengan lantang menggesa kerajaan bertindak tegas ke atas segelintir anggota dan pegawai agensi penguatkuasaan sempadan yang didakwanya menjadi dalang sindiket pemerdagangan manusia.

Zahidi dalam nada tegas berkata, isu sempadan negara yang kerap dibolosi untuk aktiviti penyeludupan barangan dan manusia bukan satu perkara baharu terutama di Padang Besar.

“Saya yakin ada dalam kalangan pegawai dan anggota penguat kuasa sempadan yang bersekongkol dengan tekong-tekong penyeludupan manusia ini dan siasatan terperinci harus dilakukan segera untuk menahan mereka bagi siasatan lanjut.

“Maklumat ini saya terima daripada penduduk kampung di Padang Besar yang merupakan kawasan saya,” katanya.


Sindiket Dagang Manusia Thailand Didakwa, Yang Di Malaysia Bila Pula?
Jeneral kanan Thailand, Lt Jen Manas Kongpan dibawa ke mahkamah

Terdahulu, Jeneral kanan Thailand, Lt Jen Manas Kongpan serta 88 suspek di dakwa di mahkamah negara itu, di Bangkok.

Pihak panel tujuh hakim membacakan pertuduhan terhadap kesemua 88 suspek yang menyeludup manusia dengan sebahagian mereka bertutur dalam dialek Rohingya dan Melayu selain bahasa Thai.

Kes ini bakal melibatkan ramai saksi (anggaran sehingga 500 saksi) dan dijangka proses perbicaraan yang boleh berlarutan sehingga dua tahun.

# Sangat mustahil jika TIADA pegawai dari Malaysia yang terlibat!!!

via
http://www.kosmo.com.my/

0 comment... add one now