Singapore Airlines Terima Ancaman Bom: Syarikat penerbangan Singapura, Singapore Airlines (SIA) hari ini mengesahkan menerima ancaman bom bagi penerbangan SQ001 yang baru tiba dari San Francisco, Amerika Syarikat ke Lapangan Terbang Changi, Singapura pada Ahad.
Dalam satu kenyataan menerusi twitter, SIA berkata, perkara itu telah pun dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan.
“Kami mohon maaf kerana tiada maklumat yang dapat dikongsi atas faktor keselamatan,” kata kenyataan itu lagi.
Sebelum ini Channel News Asia melaporkan pesawat tersebut mendarat dengan selamat sekitar tengah hari namun penumpang hanya dibenarkan keluar dari pesawat sekitar 1:30 petang.
Penumpang juga terpaksa menunggu lebih dua jam sebelum dibenarkan mengambil bagasi mereka.
Pendaratan dilaporkan dilakukan di kawasan jauh dari pintu utama demi menjaga keselamatan penumpang.
via
http://www.astroawani.com/berita-dunia/pesawat-singapore-airlines-dari-san-francisco-terima-ancaman-bom-81990
Singapore Airlines Terima Ancaman Bom
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →