Wanita Turki Saman Doktor Kerana Gunting Tertinggal Dalam Perut Selama 5 Tahun

Wanita Turki Saman Doktor Kerana Gunting Tertinggal Dalam Perut Selama 5 Tahun: Seorang wanita di Turki menyaman doktor dan sebuah hospital di sini selepas gunting tertinggal di perutnya ketika pembedahan lima tahun lalu.

Wanita Turki Saman Doktor Kerana Gunting Tertinggal Dalam Perut Selama 5 Tahun

Hanim Ozgul, 67, berkata, dia menjalani satu pembedahan kecil untuk merawat kanser rahim yang dialaminya pada 2010.

Bagaimanapun, sejak pembedahan itu dia sering berasa sakit di bahagian perutnya.

Hanim mengadu kepada doktor mengenai keadaannya,, tetapi dimaklumkan ia adalah proses biasa untuk sembuh.

“Selama lima tahun kesakitan di bahagian perut dan badan saya semakin teruk.

“Saya kemudiannya pergi ke sebuah lagi hospital untuk membuat pemeriksaan,” katanya.

Menurutnya, seorang doktor yang merawatnya mendapati badannya membengkak dan terus membuat imbasan X-ray.

Wanita Turki Saman Doktor Kerana Gunting Tertinggal Dalam Perut Selama 5 Tahun

“Apabila imbasan X-ray dibuat doktor terkejut kerana mendapati ada gunting di dalam perut saya.

“Doktor kemudianmembuat satu pembedahan untuk mengeluarkan gunting berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dia bertindak menyaman doktor dan hospital yang merawatnya sebelum ini kerana cuai sehingga menyebabkan dia menderita selama lima tahun. - Agensi

via
http://www.hmetro.com.my/node/94853#sthash.6h9wzAQV.dpuf

0 comment... add one now