Terlalu Awal Kaitkan Tulang & Korset Itu Adik Saya ~ Kakak Mangsa : “Kami tunggu keputusan ujian DNA dulu, masih terlalu awal kaitkan rangka yang ditemui di Pak Keral itu adalah adik saya,” kata Nurul Huda Ibrahim, 20.
Sebelum ini, penduduk Kampung Pak Keral, Tumpat gempar apabila menemui serpihan tulang dipercayai rangka manusia berhampiran dengan tali air di kampung tersebut.
Nurul Huda merupakan kakak kepada Nur Zazila Ibrahim, 12, yang dilaporkan hilang pada Jun 2013, dilarikan seorangwanita berperwatakan lelaki ( tomboy) yang dikenali dengan nama Along.
Mangsa didakwa dilarikan Along selepas menumpang tinggal beberapa hari di rumahnya di Kampung Jejulok, Pengkalan Kubor.
Turut lesap motosikal jenis EX5 berwarna merah bernombor pendaftaran DBV5347 dinaiki individu itu pada malam kehilangan mereka berdua.
Nurul Huda berkata, orang ramai kaitkan penemuan rangka itu adalah adiknya kerana motosikal yang dilarikan ditemui di dasar tali air selepas tersangkut pada jala ketika penduduk kampung menjala di situ.
“Polis ada panggil saya untuk membuat pengecaman pada Ogos lalu di Balai Polis Pengkalan Kubor berhubung penemuan motosikal itu.
“Memang benar itu motosikal keluarga saya yang dilarikan,” katanya.
Nurul Huda berkata, sekarang ini bermacam-macam cerita tersebar mengenai penemuan rangka itu apabila ada yang mengatakan itu rangka tomboy dan ada juga yang kaitkan itu adalah rangka adiknya.
“Mungkin lokasi rangka dan motosikal ditemui berdekatan, hanya dipisahkan dengan pintu air sahaja, sebab tu tersebar berita macam itu,” katanya.
Bagi mengesahkan identiti rangka itu, Nurul memberitahu, darah ibunya, Rokiah Awang, 46 telah diambil untuk dilakukan ujian DNA di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
“Kami berdebar menunggu keputusan ujian DNA itu, bertahun kami tunggu kepulangan Nur Zalila, jika benar itu rangka adik saya, kami sekeluarga reda,” katanya.
Ketika tulang tersebut ditemui, awalnya para penduduk menyangka ianya tulang binatang tetapi selepas mengamatinya, ia seperti rangka tangan manusia.
"Ada kerja-kerja membersih tali air di sini sejak dua hari lepas. Masa jengkaut gali tali air ini, ada serpihan tulang terangkat naik atas tebing bersama rumput," kata seorang penduduk, Fauzi Abdullah, 40.
Menurutnya, paling mencurigakan apabila berdekatan tulang itu turut ditemui korset untuk melangsingkan badan yang sering dipakai oleh wanita.
via
http://www.sinarharian.com.my/semasa/terlalu-awal-kaitkan-rangka-itu-adik-saya-1.452762
Terlalu Awal Kaitkan Tulang & Korset Itu Adik Saya ~ Kakak Mangsa
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →